Najwa Latiff menjelaskan jumlah pendapatannya kepada Media

Najwa Latiff menjelaskan jumlah pendapatannya kepada Media


Najwa Latiff memberitahu pendapatannya sepanjang tahun lalu kurang dari RM500,000 hasil dari persembahan pentas, penjualan album dan nada dering selain pelantikannya sebagai duta Universiti Tun Abdul Razak.


"Saya masih belum tahap bergelar jutawan seperti dilaporkan namun syukur jika benar pendapatan saya sebanyak itu saya anggap apa yang ditulis sebagai doa," katanya kepada rakan media.

Najwa ditemui pada Jelajah Anugerah Juara Lagu 28 (AJL 28) di Busana @ Menara Mara.