Soo Wincci masih belum berpunya

Soo Wincci masih belum berpunya

Soo Wincci masih belum ada kekasih

Selepas tiga tahun hidup tanpa cinta, penyanyi Soo Wincci yang mencipta populariti di Taiwan mengakui sesekali terbit rasa kesunyian yang tak mampu dibendung.

Namun, beliau mengakui tidak mahu terlalu melayan perasaan terbabit.

 Katanya, dengan membuatkan dirinya sibuk, perasaan itu sedikit sebanyak terhakis. Malah tempias gosip yang pernah mengaitkan dirinya dengan Iqram Dinzly juga tidak sekadar usikan manja.

"Tak apalah, mungkin ada hikmah juga saya tak ada kekasih. Jadi boleh fokus kepada kerjaya seni. Selagi saya tak mampu mengharumkan nama Malaysia di mata dunia, selagi itu perjuangan saya tak akan berhenti.

Soo Wincci bergambar di set pertandingan Taiwan Super Idol.
"Macam saya dengan Iqram pun, kami terus berkawan baik dan belum ke tahap bercinta. Sekarang memang saya memilih untuk hidup solo. Mungkin itu yang terbaik buat sementara waktu," katanya yang ketika ini berada di Taiwan dan sempat berinteraksi menerusi aplikasi Whatsapp.

Jika Shila Amzah sedang membina nama di China, Soo pula sedang berusaha sebaik mungkin untuk menempatkan dirinya di persada seni hiburan Taiwan. Soo sudah setahun lebih berulang alik dari Malaysia ke Taiwan dalam misinya menawan negara berkenaan.

Sedang ligat mempromosikan album terbarunya di stesen radio di Taiwan.
Ketika ini juga Soo sedang mempromosikan album antarabangsa keduanya di Taiwan menggunakan judul namanya sendiri. Sebanyak 10 lagu dimuatkan dan sedang memanjat carta lagu radio di sana.

"Untuk album ini kami melaburkan lebih daripada RM 1 juta. Album ini disiapkan dalam tempoh setahun termasuk mencari lagu, proses rakaman, menyiapkan klip video dan sebagainya. Antara judul lain yang dimuatkan ialah Someone Like Me, Endless Happiness, Expired Love.

BERSAMA salah seorang teman di Taiwan.
"Malah ada lagu yang turut dijadikan lagu tema di Taiwan seperti You're Most Welcome. Lagu Endless Happiness juga akan dijadikan lagu tema filem mini yang dibintangi pelakon Hongkong, Daniel Chan.

Soo Wincci ketika membuat persembahan dalam cabaran di Pertandingan Taiwan Super Idol.
"Baru-baru ini saya juga memenangi cabaran dalam pertandingan Taiwan Super Idol menyanyikan lagu Whitney Houston, I Will Always Love You. Untuk album kedua ini memang saya akan habis-habisan mempromosikannya berbanding album pertama yang dianggap sebagai pengenalan," katanya yang turut bertindak bukan saja sebagai artis tetapi sebagai pelabur dan pengarah kreatif untuk syarikat Beyond Artistes Sdn Bhd (Malaysia) dan Ocean Butterflies.

Soo Wincci bersama album terbarunya.
Soo menjelaskan beliau juga sedang diintai untuk membintangi sebuah filem di China dan juga Taiwan.