Pihak PDRM nafi beri latihan unit tindakan khas kepada Farid Kamil
Friday, January 17, 2014
Admin
Polis Diraja Malaysia (PDRM) menafikan pihaknya ada memberikan latihan Unit Tindakan Khas (UTK) kepada selebriti, Farid Kamil seperti yang dilaporkan sebuah akhbar tempatan hari ini.
Penolong Ketua Urus Setia Ketua Polis Negara (KPN) (Komunikasi Korporat) Ibu Pejabat PDRM Bukit Aman, Asisten Komisioner Datin Asmawati Ahmad turut menegaskan bahawa pihaknya juga tidak memberi sebarang bentuk latihan UTK atau seumpamanya kepada mana-mana orang awam.
"PDRM menasihatkan supaya mana-mana pihak tidak mengaitkan jabatan ini dengan apa juga maklumat yang tidak tepat bagi mengelakkan timbulnya sebarang kekeliruan," katanya melalui laman sosial PDRM, malam ini.
Akhbar itu hari ini melaporkan pengarah dan pelakon filem, Farid Kamil Zahari menjadi selebriti tempatan pertama yang mengikuti sesi latihan UTK PDRM bagi memantapkan staminanya yang dijalani sejak minggu lalu.
Farid dipetik sebagai berkata, dia memohon untuk menyertai latihan itu selama tiga bulan atas inisiatif sendiri untuk mendisiplinkan diri serta meningkatkan kecergasan badan bagi membantu kerjayanya sebagai pengarah dan pelakon di negara ini.
No comments: