Maia Estianty serah hak penjagaan anak kepada Ahmad Dhani
Friday, January 17, 2014
Admin
Sejak bercerai dengan bekas suami, Maia Estianty belum tinggal sebumbung dengan ketiga-tiga anaknya, Al, El dan Dul.
Hingga kini, hak mengenai asuhan yang dibawa ke mahkamah masih tertangguh.
Bagaimanapun, dek kesibukan dirinya dengan kerjaya seni, terutama tugasan belakang tabir, dia tidak lagi mahu berebut, sebaliknya meminta bantuan Ahmad Dhani untuk sama-sama memantau keadaan anak mereka.
“Sekarang, waktu memantau anak-anak sangat terbatas kerana buat masa ini, saya perlu melunaskan beberapa tugasan. Antaranya menjadi juri sebuah program. Walaupun sibuk, setiap hari kami berkomunikasi menerusi gajet,” katanya.
Katanya, semua anak mereka sudah semakin dewasa, sekali gus boleh memilih untuk bermalam sama ada di rumahnya atau bapa mereka.
No comments: