Scha Al Yahya mengumumkan dia Sah Mengandung di Instagram

Scha Al Yahya mengumumkan dia Sah Mengandung di Instagram

Sebelum ini kedengaran desas-desus mengenai pelakon Scha Al-Yahya sedang mengandung, persoalan itu akhirnya terjawab bilamana pasangan Awal dan Scha sendiri memuatnaik gambar scan kandungan Scha.


Tulis Scha di laman Instagramnya,

Salam Jumaat, Syukur Alhamdulillah we are happy to announce that we're expecting our first baby, InshaAllah. Reaching my second trimester now. We feel blessed with this rezeki. Berbanyak terima kasih kepada semua yg selalu mendoakan dan semoga semuanya berjalan dengan lancar, Amin! #schawalFollow

Manakala Awal juga memuatnaik gambar yang sama menulis,


Salam Jumaat. Syukur alhamdulillah we are happy to announce that we're expecting our first baby, InshaAllah. Scha is reaching her second trimester now and we are so blessed with this rezeki.


Terima Kasih buat semua yang selalu mendoakan kami dan moga semuanya berjalan lancar, Amin.

Scha Alyahya Bakal Bergelar Ibu


Akhirnya, impian pasangan popular iaitu Scha dan Awal untuk menimang cahaya mata bakal menjadi kenyataan. Sebelum ini, Awal pernah memberitau keadaan Scha yang selalu demam serta tidak sihat. Ini sebenarnya adalah kerana pembawakan bayi mereka.

Berita gembira ini telah disahkan oleh Scha sendiri menerusi laman Facebooknya. Bukan itu saja, Scha turut sudi memaklumkan tentang kehamilannya yang kini sudah pun memasuk trimester kedua.

Pasangan pelakon selebriti popular ini telah diijabkabulkan pada 4 Mei 2012 di Hotel Pullman, Putrajaya Lakeside, melalui laman sosial masing-masih telah memuat naik gambar scan kandungan dan berkongsi kegembiraan tersebut bersama peminat tersayang.



Bersyukur atas pemberian rezeki olehNya, dia turut berterima kasih kepada semua peminat yang selalu mendoakan kesejahteraan mereka berdua dan mengharapkan agar kandungannya akan sihat sehingga sampai masanya.

Semoga Scha terus sihat dan cergas sepanjang proses kehamilan ini. Jangan lupa kongsi berita kelahiran nanti pula ya?