Tahniah kepada Didie Alias kerana Mengandung 3 Bulan

Tahniah kepada Didie Alias kerana Mengandung 3 Bulan

Tahniah diucapkan kepada pelakon dan pelawak Didie Alias, 40,  yang dilaporkan telah mengandung 3 bulan hasil perkongsian hidup bersama suaminya Norisham Ismail.

Didde Alias telah mengesahkan yang beliau sedang mengandung 3 bulan.

"Alhamdulillah, usia kandungan saya sekarang sudah mencecah usia tiga bulan.

Orang yang paling gembira adalah suami saya.

"Selain itu, keluarga mertua turut berkongsi kegembiraan kerana ini merupakan kandungan sulung saya bersama Norisham," kata Didie yang sudah lima tahun berkahwin dengan Norisham.

Tambah Didie Alias lagi, dia dan suami enggan menaruh sebarang harapan berkenaan jantina bayi yang sedang dikandungnya dan menyerahkan segala-galanya ke pada rezeki yang diberikan Tuhan.


"Pada mulanya, saya begitu inginkan anak lelaki, tetapi, apa yang dikurniakan oleh Allah kelak, kami terima dengan hati yang terbuka," katanya lagi.