Afiq Muiz Mahu Bersihkan Nama
Monday, April 21, 2014
Admin
Setelah kontroversi bersama ibunya, Afiq Muiz kini lebih matang. Mengakui kesalahan yang dilakukan, Afiq menjadikan ia suatu pengajaran berguna kepada dirinya.
"Saya dengan Umi sudah lama baik. Kami tiada masalah. Saya pun telah memohon maaf dengan Umi, Umi pun buat perkara yang sama. Saya sedar dengan kesalahan yang saya lakukan. Semua manusia tidak sempurna,kan? Alhamdulillah selepas kejadian yang berlaku,hubungan kami anak-beranak telah pulih. Saya jadikan semua ini sebagai pengajaran berguna buat saya," tutur Afiq. Afiq juga merancang untuk membawa Uminya menunaikan umrah pada tahun hadapan.Selepas kontroversi yang melanda sedikit sebanyak nama Afiq tercalar. "Sekarang tugas saya, saya mahu membersihkan nama saya. Seperti yang saya katakan,semua menjadi pengajaran berguna kepada saya mahupun yang mengambil tahu tentang apa yang berlaku dahulu. Saya tidak nafikan ada juga yang sindir saya dan sebagainya. Tetapi tidak mengapa kerana saya sedar dan faham kenapa perkara sebegitu terjadi," kata Afiq panjang lebar.
Tidak mahu mengenang perkara yang lalu, Afiq menyibukan diri dengan kariernya. "Saya baru selesai shooting di Korea dengan Tasha Shila. Bulan Mei nanti saya ke New Zealand pula," kata Afiq yang tidak menolak untuk berlakon dengan Eina Azman sekiranya ada tawaran. Padanya dalam bidang lakonan perlu professional. Jadi Afiq tidak ada masalah jika berlakon bersama Eina.
Selain dari itu, Afiq turut melakukan aktiviti bersukan bersama rakan-rakan iaitu bermain badminton. “Ini untuk kesihatan. Apabila penat berlakon, ini aktiviti yang saya lakukan. Lagipun ia sesuai untuk membina badan saya yang sudah tampak berisi. Apabila bersukan ini, secara tidak langsung ia membantu minda dan sebagainya,” cerita Afiq.
No comments: