Kini Wak Doyok minat Elfira Loy hanyalah sebagai peminat

Kini Wak Doyok minat Elfira Loy hanyalah sebagai peminat

Wak Doyok minat Elfira Loy sebagai peminat

Pelakon Wak Doyok yang terkenal dengan gaya fesyen dan kumisnya ini menjelaskan hubungannya dengan aktres kecil molek berkening lebat, Elfira Loy tidak lebih daripada seorang peminat biasa kepada artis.

Wak Doyok dan Elfira Loy menafikan mereka menjalinkan hubungan cinta.
Dipetik daripada laporan Berita Harian, Wak Doyok yang pernah bergandingan dengan Elfira menerusi drama "Kelas 601" untuk siaran Astro Tutor TV berkata mereka tiada sebarang hubungan istimewa seperti yang dikhabarkan.

"Minat artis, apa salahnya. Tak ada apa pun antara kami. Dia cantik dan saya pernah bekerjasama dengannya untuk drama "Kelas 601" dan mempromosikan jenama Pizza Hut di laman media sosial.

"InsyaAllah selepas ini berkemungkinan akan ada lagi kerjasama membabitkan saya dengannya. Saya suka menyakat dia. Lagipun dia masih budak lagi. Saya selalu usik keningnya dengan kumis saya macam sama," ujarnya.

Elfira dalam satu laporan berasingan juga menyatakan tiada hubungan cinta antara mereka.

Dalam perkembangan lain, pengasas The Garment Movement ini sedang mempromosikan jenama fesyen Fairuz Ramdan serta menyediakan model baru untuk bergandingan dengannya. Selain daripada itu, Wak Doyok turut diundang bagi memberi ceramah mengenai fesyen lelaki pada acara tertentu.