Kris Dayanti akui Media di Malaysia sangat luar biasa

Kris Dayanti akui Media di Malaysia sangat luar biasa

Kris Dayanti akui Media di Malaysia sangat luar biasa

Penyanyi popular Indonesia Kris Dayanti memberitahu dia sangat menghargai media di Malaysia kerana sentiasa menyokong kerajayanya sehingga namanya dikenali di seluruh Malaysia.

"Bagi saya media di Malaysia adalah luar biasa kerana berkat kerjasama media Malaysia saya berada di tempat saya sekarang dan masih diterima sehingga kini," ujar Kris yang ditemui pada sidang media "Konsert Kris Dayanti Live in KL 2014" di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur, semalam.

Tambah penyanyi yang sudah menempa nama di Malaysia sejak 16 tahun lalu, dia tidak pernah memusuhi pihak media kerana memahami kerja mereka.

"Saya tak pernah memusuhi pihak media. Saya sebagai selebriti saya kena faham kerja mereka. Saya sendiri semasa ada kes perceraian dulu, ada wartawan yang tunggu di depan pintu untuk dapatkan komen saya.

"Saya tak marah sebab menghormati kerja mereka dan kerana liputan medialah juga mengangkat nama artis. Ada media yang jadi sahabat saya di luar tugas mereka. Mereka cari saya untuk dapatkan berita dan bila tiada apa apa-apa berita pula kami berhubung sebagai teman."

Pada masa sama, Kris turut memberitahu dia akan sentiasa memberi kerjasama memenuhi sesi fotografi yang diaturkan.

Kris Dayanti bakal mengadakan konsert di Dewan Plenary, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur pada 22 November nanti.