Rita Rudaini tegas Tuntut Hak Anak Sampai Dapat!

Rita Rudaini tegas Tuntut Hak Anak Sampai Dapat!

Rita Rudaini Tuntut Hak Anak Sampai Dapat!

Ekoran dari tuntutan Mutaah sebanyak RM300,000 terhadap bekas suaminya Mohd Aidil Zafuan baru-baru ini, Rita Rudaini ibu kepada dua anak ini telah dilemparkan pelbagai tomahan.

Rita dengan tegas menyangkal dakwaan serta tomahan yang diberikan dengan memaklumkan tindakan tersebut dilakukan untuk mempertahankan hak anak-anak, Airit Rayyan Rizqin, 5, dan Airit Qaqa Arjuna, 3.



"Saya bukan kacau kebahagiaan Aidil dan isteri, saya hanya menuntut hak anak-anak dan pertahankan maruah mereka. Kalau ada orang cakap saya gila duit, saya tiada hak nak tutup mulut mereka, tetapi mereka harus ingat saya ada anak-anak yang perlu saya tanggung dan bapa mereka masih hidup!

"Ada yang cakap RM300,000 tu banyak, ada yang cakap sikit. Tapi pada saya, jumlah itu bukan ukuran maruah saya dan anak-anak. Maruah saya dan anak-anak tak boleh dijual beli. Jumlah tu setelah dikira oleh pihak peguam. Dan terpulanglah pada keputusan mahkamah".



"Tapi apabila keputusan telah dibuat nanti, kalau saya rasa masih tidak berpuas hati, saya akan tuntut dan perjuangkan lagi hak anak-anak saya", katanya yang dipetik dari Astro Gempak.

Tambah Rita, dia kecewa kerana Aidil tidak menghargai usahanya untuk merapatkan semula dia dengan anak-anak.

“Contohnya macam Raya tahun ini…dia langsung tidak bertanyakan tentang persiapan raya anak-anak…Baju raya tidak dibelikan, duit raya jauh sekali".



“Selepas ini pandai-pandailah dia ambil hati anak-anak dia. Rayyan sekarang pun tidak langsung bertanya tentang bapanya. Cuma Arjuna yang kerap bertanya ke mana bapanya menghilang,” katanya. - astrogempak.com.my