Saksikan Gabungan Pelakon 3 Negara Dalam Drama Kasih Berbisik di TV3

Saksikan Gabungan Pelakon 3 Negara Dalam Drama Kasih Berbisik di TV3

Gabungan Pelakon 3 Negara Dalam 'Kasih Berbisik'

Sambutan ulang tahun ke-30 TV3 diteruskan lagi dengan tayangan drama 'Kasih Berbisik' yang merupakan kerjasama antara TV3, Primeworks Studio dan Media Corp. (Singapura). Drama ini menggandingkan pelakon dari tiga negara iaitu Malaysia (Remy Ishak, Keith Foo, Tasha Shilla, Normah Damanhuri), Singapura (Nurul Aini, Nick Mikhail) dan Indonesia (Demmy Febriana).

Berlatarkan kehijauan Malaysia, kota metropolitan Singapura dan Bali, drama 13 episod yang diarahkan oleh Jamal Khan akan disiarkan bermula 1 Oktober ini menerusi TV3 dan Media Corp. Di TV3, ianya disiarkan pada setiap hari Rabu pukul 9.00 malam manakala di Media Corp. pula disiarkan pada 9.30 malam.




Kisahnya bermula di Bali, Indonesia apabila Imran (Remy Ishak), seorang arkitek mengikut kawan baiknya, Andi (Nick Mikhail) ke Bali untuk mencari idea baharu serta peluang kerjasama di sana. Andi, seorang juru gambar profesional tertarik dengan keindahan seni pulau itu termasuk wanita dan seni tariannya. Andi obses dengan kelembutan dan gemalai tari Sulastri (Demmy Febriana). Pertama kali melihat Sulastri, Imran juga terkesima dengan keindahan dan kehalusan seni tari yang dipersembahkan.

Ketika itu, Sulastri berhadapan dengan konflik cinta apabila kekasihnya, Dharma (Keith Foo) didakwa atas tuduhan jenayah rasuah dan bakal dipenjarakan. Dharma berasa kesal dan berjanji akan berubah sebaik dibebaskan. Dia juga bersumpah akan kembali mendapatkan cinta Sulastri.

Imran dan Andi mula rapat dengan Sulastri. Cinta telah hadir antara Imran dan Sulastri. Sebenarnya Imran telah berkahwin dengan Nora (Nurul Aini) di Singapura. Mereka berdua bahagia walaupun tidak dikurniakan anak. Imran tidak mahu mengkhianati Nora tetapi dia tidak dapat melupakan Sulastri. Akhirnya, Imran berkahwin dengan Sulastri di Bali tanpa memberitahu Nora.

Lima tahun telah berlalu, Imran menyimpan rapi rahsia daripada Nora dan Sulastri. Kehadiran Eka, puteri mereka semakin mengikat kasih sayang antara Imran dan Sulastri. Malangnya, kematian tragis Sulastri telah mencetuskan huru hara dalam hidup Imran. Imran tertekan dan membawa Eka pulang ke Singapura.

Nora kecewa dengan penjelasan Imran dan tidak menyangka Imran akan mengkhianatinya. Nora mula menjauhkan diri dan berubah menjadi seorang yang panas baran. Imran pula menjadi murung selepas kematian Sulastri. Lebih merumitkan keadaan lagi apabila Imran terlibat dalam kemalangan dan mengalami trauma. Imran telah dibawa balik ke Perlis oleh ibunya, Mak Jah (Normah Damanhuri) untuk merawat. Nora hanya akur kerana dia juga mahu masa untuk bersendiri.

Di Perlis, sepupu Imran, Tina (Tasha Shilla) yang belajar dalam jurusan perubatan mengambil kesempatan ini untuk membuktikan cintanya kepada Imran. Bekas teman lelaki Sulastri, Dharma yang sudah dibebaskan, berdendam dengan Imran dan akan melakukan apa sahaja untuk memusnahkan hidupnya. Andi pula bertemu dengan Lily yang wajahnya persis Sulastri. Apakah misteri kematian Sulastri bakal terungkai? Apakah kesudahan bagi kemelut rumah tangga Imran dan Nora?

Jangan lupa saksikan 'Kasih Berbisik' pada setiap hari Rabu pukul 9.00 malam bermula 1 Oktober ini di TV3!

Primeworks Studios dan MediaCorp Eaglevision akan menerbitkan drama bersiri terbaru di TV3 berjudul "Kasih Berbisik". Drama ini dibintangi oleh Remy Ishak, Keith Foo, Tasha Shila, Nick Mikhail dari Malaysia; Nick Mikhail dan Nurul Aini dari Singapura; dan Demmy Febriana dari Indonesia. Produksi drama ini akan bermula pada bulan April hingga bulan Julai nanti dan dijangka akan ditayangkan di saluran TV3 pada bulan September 2014. Menariknya drama ini akan dirakamkan di dalam format definisi tinggi (HD) untuk memberi kepuasan kepada penonton di Malaysia mahupun Singapura.

JUDUL : Kasih Berbisik
Tayangan : September 2014
EPISOD : 13 Episod
PENGARAH : Jamal Khan
PENERBIT : Encik Zulkeflee Said dan Puan Sabariah Ramilan
TERBITAN : Primeworks Studios dan MediaCorp Eaglevision
PELAKON : Remy Ishak, Nurul Aini, Demmy Febriana, Keith Foo, Tasha Shila, Nick Mikhail

WATAK PELAKON
Remy Ishak sebagai Imran
Nurul Aini sebagai Nora
Demmy Febriana sebagai Sulastri
Keith Foo sebagai Darma
Tasha Shila sebagai Tina


SINOPSIS DRAMA KASIH BERBISIK

Kasih Berbisik adalah kisah klasik cinta yang tidak kesampaian dan persahabatan yang menjadi keruh. Drama ini berkisar kehidupan Imran, seorang arkitek Singapura yang pergi ke Bali untuk bekerja tetapi menemui cinta hatinya, Sulastri, seorang penari Bali. Imran menyimpan rahsia perkahwinannya dengan Sulastri daripada isteri pertamanya selama 6 tahun, Tina. Setahun kemudian Sulastri melahirkan bayi perempuan bernama Eka.

Pada masa yang sama, Dharma, bekas teman lelaki Sulastri, telah bertekad untuk memilikinya semula walau dengan apa cara sekalipun. Perasaan dendam yang membara menguasai diri Dharma apabila mengetahui Imran telahpun mengahwini Sulastri dan merahsiakan perkahwinan pertamanya daripada Sulastri.



GAMBAR PELAKON