Bila Pengarah komen sikap dingin Sara Ali

Bila Pengarah komen sikap dingin Sara Ali

Pelakon Malaysia Soffi Jikan Dibayar RM1 Juta Untuk 10 Episod Drama

Pengarah drama "Maaf Jika Aku Tak Sempurna", Shuhaimi Lua Abdullah menganggap sikap dingin aktres Sara Ali yang dikatakan bermasam muka ketika di set penggambaran adalah perkara biasa dan mungkin akibat terlalu terpengaruh dengan watak yang yang dijiwainya.

"Sepanjang empat bulan penggambaran itu, Sara ada juga buat hal apabila dia tiba-tiba menjadi seperti watak Mel dalam drama tersebut iaitu sombong dan tidak mahu bertegur sapa dengan semua kru termasuk saya.

"Memang perkara itu sedikit menyukarkan penggambaran kerana hubungan kru dan pelakon mula tidak baik dan rasa tidak selesa mula timbul bila dia ada di lokasi dengan perangai sebegitu.

"Tapi bagi saya ia hanyalah pengaruh watak kerana ada pelakon yang mudah terpengaruh dengan sesuatu watak," ujarnya seperti dipetik daripada laporan mStar.

Shuhaimi berkata demikian bagi mengulas dakwaan tentang Sara yang dikatakan telah bermasam muka dan enggan memberi kerjasama serta bersikap dingin di lokasi drama berkenaan.

Namun Shuhaimi memberitahu perkara tersebut tidak berlangsung terlalu lama apabila aktres itu kembali bercakap semula dengan kru produksi.

"Alhamdulillah, sekejap sahaja dia berperangai begitu. Ketika penghujung penggambaran minggu lalu dia sudah berbaik-baik dengan semua kru.

"Penggambaran dapat selesai dengan mudah apabila semua pelakon dan kru beri kerjasama yang baik," katanya lagi.

Shuhaimi juga memberitahu dia tiada masalah untuk bekerjasama dengan aktres itu pada masa akan datang.

Drama bersiri "Maaf Jika Aku tak Sempurna" yang dilakonkan oleh Fahrin Ahmad, Tasha Shilla, Amy Mastura dan Ika Nabila ini disiarkan di slot Akasia pada setiap Isnin hingga Khamis, jam 7 malam di TV3.