Man Bai bakal ambil tindakan terhadap skandal isterinya

Man Bai bakal ambil tindakan terhadap skandal isterinya

Man Bai ambil tindakan terhadap skandal isterinya

Penyanyi Man Bai telah menyatakan dia akan mengambil tindakan undang-undang terhadap lelaki warga Singapura yang dipercayai skandal isterinya di laman sosial Facebook kerana sudah tidak boleh bertahan lagi dengan perbuatan tidak bermoral lelaki tersebut.

"Saya pernah beri amaran kepada dia sebelum ini, tapi nampaknya dia benar-benar mahu mencabar saya! Semua bukti saya sudah kumpul dan saya akan bawa ke pihak berkuasa dalam sehari dua.

"Lelaki itu pernah memikat dan menjalin hubungan dengan isteri saya di FB sekitar 2008 hingga 2012. Apabila saya dapat hidu perbuatan mereka berserta bukti pada 2012 saya beri amaran kepada lelaki itu dan isteri untuk menghentikannya.

"Selepas itu, keadaan 'okey' tapi pada minggu lalu saya dapat kesan lelaki yang sama muncul semula di FB dan menjalin hubungan dengan isteri saya. Cuma kali ini dia guna identity palsu untuk mengaburi mata saya. Saya tak bodoh dan akhirnya dapat juga kesan dia lelaki yang sama," katanya yang dipetik dari Harian Metro.

Dalam pada itu, Man Bai masih berharap rumah tangganya yang dibina sejak 23 tahun lalu akan dapat dipertahankan.

"Saya sedar dan akui ramai yang bercakap kalau bertepuk sebelah tangan tak mungkin hal ini jadi melarat tapi orang luar hanya boleh buat tanggapan masing-masing. Cerita sebenar hanya saya dan isteri saja yang tahu.

"Kalau boleh, saya mahu pertahankan dan pulihkan semula keadaan."