Siapa bilang Syamsul Yusof mahu bersara dari dunia seni

Siapa bilang Syamsul Yusof mahu bersara dari dunia seni

Siapa bilang Syamsul Yusof mahu bersara dari dunia seni

Pengarah dan pelakon Syamsul Yusof menafikan pernah memberi kenyataan untuk bersara daripada terus menghasilkan filem selepas karyanya, "KL Gangster 2" dicetak rompak sebelum ia ditayangkan pada Oktober tahun lalu.

Jelasnya, dia tidak pernah berkata demikian sepanjang hampir tempoh setahun berdiam diri dan ia mungkin andaian sesetengah pihak.

"Saya sebenarnya agak keliru apabila saya dikatakan merajuk dan enggan lagi menjadi pengarah kerana saya tidak pernah memberikan sebarang kenyataan berhubung perkara itu.

"Itu hanya persepsi orang lain dan bukannya datang daripada mulut saya sendiri," ujarnya seperti dipetik dari mStar.

Tambahnya lagi, dia mengambil langkah berdiam diri sebelum ini kerana perlukan masa untuk semangatnya pulih selepas kejadian tersebut dan bersyukur dengan sokongan serta dorongan daripada isteri, aktres Puteri Sarah Liyana dan ibu bapanya banyak membantu untuk bangkit semula.

Syamsul Yusof bakal tampil sebagai pelakon dan pengarah bersama
drama bersiri "Gerak Khas" untuk musim terbaru.

Bercerita tentang projek akan datang, pelakon berusia 30 tahun ini memberitahu dia akan membintangi sebuah filem arahan adiknya, Syafiq Yusof dan juga bakal kembali ke set penggambaran sebagai pengarah filem "Munafik" dan "Tailong" yang dijadualkan untuk tayangan pada tahun hadapan.

Syamsul juga bakal muncul sebagai pelakon dan pengarah bersama untuk musim terbaru drama bersiri "Gerak Khas".