Mas Muharni suka bekerja di belakang tabir

Mas Muharni suka bekerja di belakang tabir

Kemunculannya menerusi filem Wayang pada 2008, melayakkan Mas Nor Muharni Sheikhah Mohd Sattar atau Mas Muharni dicalonkan dalam kategori Pelakon Wanita Harapan pada Festival Filem Malaysia Ke-21.


Aktif berlakon beberapa filem seperti Mantra dan Jangan Pandang Belakang Congkak, graduan Diploma Seni Persembahan dari UiTM, Shah Alam ini seakan menyepikan diri daripada bidang seni.



Kelibatnya semakin hilang sejak membuat keputusan keluar dari pengurusan MIG.

Hanya, baru-baru ini Mas membuat kemunculan semula menerusi drama Tangisan Bulan Madu, Lagenda Langkawi dan terbaru Besan Tiga Segi yang sedang ditayangkan menerusi slot Senda Pagi di TV3 setiap Isnin dan Selasa.



Menjawab persoalan ini, Mas mengakui terpaksa berehat seketika kerana memakai ‘braces’. 

Bagaimanapun, pada masa sama dia juga berbuat demikian kerana kecewa dengan permainan dalam industri seni tanah air.

“Saya terpaksa tolak beberapa tawaran kerana tak sesuai dengan keadaan saya.



Namun yang paling menyakitkan ialah apabila didatangi tawaran yang bayarannya tak berapa nak sedap. 

Jadinya saya buat keputusan untuk menolak.