Tahniah! Ustaz Don Dah bergelar Bapa!

Tahniah! Ustaz Don Dah bergelar Bapa!
 

Tahniah kami ucapkan kepada Ustaz Don Daniyal dan isterinya, Husna kerana telah dikurniakan anak pertama. 


Bayi bertuah mereka telah selamat dilahirkan baru-baru ini di Mesir. 

Isteri Ustaz Don dilaporkan melahirkan anak sulung mereka di sana kerana masih melanjutkan pelajaran dalam jurusan perubatan di Universiti Kaherah, Mesir.

Menurut Ustaz Don di laman Facebooknya,  anak sulung mereka telah dilahirkan secara normal dan kedua-dua anak dan ibu berada dalam keadaan sihat. 



Mereka sekeluarga dijangka pulang ke Malaysia pada 30 Januari ini. Semoga dengan kehadiran 'orang baru' ini dapat menceriakan lagi kehidupan Ustaz Don Daniyal dan isteri.