Nur Fazura terkilan dituduh meniru penampilan Hanez Suraya

Nur Fazura terkilan dituduh meniru penampilan Hanez Suraya

Pelakon jelita, Nur Fazura menyatakan isu 'tiru-meniru' yang dibangkitkan bukanlah berpunca daripadannya, dan dia terkilan apabila Hanez Suraya menuduh dia mengatakan pelakon itu yang meniru penampilannya.


"Saya tahu perkara ini pun daripada orang ramai. saya difahamkan ada peminat Hanez yang menyamakan penampilan pelakon itu dengan saya. Mereka kata, gaya Hanez seperti meniru saya.

"Namun, apa yang membuatkan saya terkilan cerita sebaliknya saya dengar Hanez menuduh saya yang menuduhnya meniru penampilan saya.

"Peminat saya juga turut diheret dalam hal ini. Bila pula saya kata dia tiru saya? Jangan kaitkan saya dengan pendapat umum," katanya.

Pada masa sama, Fazura, 30, berkata, Hanez tidak wajar menuduh peminatnya kerana di laman sosial Instagram bukan semuanya peminatnya.

"Tak wajar dia menuduh peminat saya. Itu tidak benar. Di Instagram bukan semuanya peminat. Ramai juga yang pemerhati dan pendengki."

Sementara itu, pelakon filem "Kami Histeria" ini enggan mengulas lanjut berhubung isu kononnya dia menyekat Hanez di Instagramnya kerana beranggapan perkara tersebut terlalu remeh.