Pelakon Indonesia Nikita Mirzani diserang sakit jantung

Pelakon Indonesia Nikita Mirzani diserang sakit jantung

Pelakon sensasi Indonesia, Nikita Mirzani telah dikejarkan ke hospital selepas diserang sakit jantung selepas pulang dari menghadiri tayangan premiere filem "Comic 8".


Menurut rakan Nikita, Ronny, pelakon itu tiba di hospital pada pukul 12.30 malam dan terus dimasukkan ke wad kecemasan untuk pemeriksaan.

"Kejadian berlaku sekitar pukul 11.50 malam tadi, ketika kami sedang makan Nikita ke bilik mandi sebelum terdengar dia menjerit jatuh. Kami terus bergeges ke hospital," kata rakan Nikita, Ronny kepada detikHot.

Tambah Ronny lagi, sebelum kejadian, Nikita sudah beberapa hari mengadu sakit.

"Memang dari pagi dia (Nikita) mengadu sakit. Saya nasihatkan dia supaya tidak pergi ke tayangan "Comic 8", tetapi dia tetap pergi juga."