Reaksi Datuk Aznil Hj Nawawi apabila dikritik peminat

Reaksi Datuk Aznil Hj Nawawi apabila dikritik peminat

Niatnya hanya sekadar berkongsi ilmu dan pengalaman selama 24 tahun dalam bidang pengucapan awam apabila menerima jemputan sebagai juri undangan program akhir Pencetus Ummah baru-baru ini. Sebaliknya tindakan Datuk Aznil disalah erti, malah dihentam teruk segelintir peminat di laman Twitter milik personaliti popular itu.


Bukan sekadar tegurannya pada pertandingan akhir itu dianggap tidak membantu finalis, lebih teruk, sebahagian peminat mengutuk pengacara terkenal ini dengan kata-kata yang mampu mengguris hati.

Selain itu, Aznil juga didakwa oleh kelompok terbabit tidak sesuai bergelar juri program keagamaan seperti itu, sebaliknya beliau lebih layak menjadi pengkritik program berbentuk hiburan saja.

Tiada niat burukkan sesiapa


Tidak berniat memburukkan sesiapa mahupun memberi komen negatif kepada peserta, Aznil yang mesra disapa panggilan Pak Nil menganggap dirinya sekadar berkongsi pengetahuan dalam bidang pengucapan awam, bukannya menyentuh pengisian peserta yang bertanding.

Datuk Aznil Dihentam Kerana Dipilih Sebagai Juri Pencetus Ummah


Khamis lalu, berakhirnya rancangan realiti Pencetus Ummah dan dimenangi oleh PU Hafiz.

Namun begitu, kehadiran Dato Aznil Hj Nawawi sebagai juri jemputan dalam rancangan tersebut menerima beberapa kritikan dari peminat Pencetus Ummah (PU). Khabarnya, Datuk Aznil bukanlah ‘calon yang sesuai’ untuk menjadi juri dalam rancangan keagamaan tersebut. 


Datuk Aznil menjawab semua kritikan yang diterimanya.

    “Saya tidak rasa terganggu langsung dengan tekanan yang diberikan kerana saya tahu apa yang saya buat. Malah, saya merupakan orang yang paling lama dalam bidang pengucapan awam bersama Astro.

    “Apa sahaja kritikan yang diberi, saya akan telan dan tidak akan memikirkannya secara serius,”

Datuk Aznil juga berkata, beliau langsung tidak menyentuh tentang sebarang dalil atau bab keagamaan apabila menyampaikan komen beliau kepada peserta PU.

    “Saya ditugaskan untuk memberi pandangan mengenai pengucapan awam dan dalam persembahan sahaja.

    “Sepanjang tempoh itu, saya tidak sentuh langsung mengenai dalil atau mana-mana hal agama kerana ada juri profesional agama yang lebih layak dilantik.

    “Malah, masyarakat tidak perlu mempertikaikan kredibiliti saya di dalam tugas itu kerana pengalaman saya dalam bidang ini lebih 24 tahun,”

Datuk Aznil bagaimanapun memuji rancangan Pencetus Ummah sebagai satu platform terhadap rancangan realiti keagamaan terbaik.