Alyah & Datuk Ramli MS telah Sah Bernikah

Alyah & Datuk Ramli MS telah Sah Bernikah

Alyah & Datuk Ramli MS Diserbu JAIS, Sah Telah Bernikah

Sebelum ini, penyanyi Alyah sedaya upada menyembunyikan malah tidak pernah mengiyakan hubungan istimewanya dengan komposer terkenal Datuk Ramli MS setiap kali ditanya wartawan.

Walaubagaimanapun, pagi ini segalanya terjawab apabila Pengawai Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) mengunjungi kediaman mewah komposer itu di Bandar Kinrara bagi menyiasat status hubungannya dengan Alyah dan ternyata didapati mereka telah sah bernikah. Malah Alyah dikatakan berada di banglo berkenaan semasa pegawai JAIS datang menyiasat.

Wartawan Berita Harian yang berada ditempat kejadian mendapati kenderaan pacuan empat roda jenis Mitsubishi milik Alyah berada di kediaman itu. Ditambah juga, pekerja kontraktor yang mengubahsuai banglo itu juga memaklumkan pasangan itu kerap dilihat bersama.

Setelah disiasat, JAIS mendapati pasangan itu sudahpun berkahwin sejak setahun lebih yang lalu di Batam, Indonesia tetapi belum mendaftarkan perkahwinan mereka di negara ini.

Datuk Ramli dan penyanyi Tak Mungkin Kerna Sayang itu akan ke JAIS dalam masa terdekat untuk memberikan kenyataan serta bukti perkahwinan mereka bagi tujuan pendaftaran.

Ramli yang berpakaian kemeja T berwarna ungu dan seluar melepasi paras lutut kelihatan tenang.
Malah, beliau dilihat mengiringi pegawai JAIS keluar dari kediaman itu sejurus siasatan selesai sambil ketawa sesama mereka.

Sumber : Berita Harian