Tindakan Rita Rudaini Tuntut RM300,000 Untuk Sedarkan Aidil Zafuan
Tuesday, August 26, 2014
Admin
Simbah air pun boleh sedarkan sesiapa ‘kan. Okay cubaan hambar kami untuk berlaku kelakar dan semalam Rita Rudaini dilaporkan telah memfailkan tuntutan muta’ah berjumlah RM300,000. Perkara ini telah mendapat reaksi bercampur daripada pelbagai pihak.
Namun, Rita Rudaini mempunyai alasan sendiri kenapa beliau meletakkan jumlah yang sebesar itu buat bekas suaminya, Aidil Zafuan. Bukan kerana wang, tetapi untuk memberikan kesedaran.“Saya bukan nak duit dia (bekas suami) pun. Sejak berkahwin lagi saya tak pernah ambil duit dia satu sen pun. Malah saya guna duit hasil berlakon untuk belanja sendiri. Dia pun saya belanja dan manjakan dulu. Tuntutan mutaah ini nak sedarkan pada dia yang jangan ingat boleh layan saya dan anak macam sampah apabila sudah senang dan tak mahu kami lagi”
Bercakap kepada Berita Harian, Rita Rudaini memberikan gambaran yang Aidil Zafuan tidak punyai masalah untuk menunaikan tuntutan sebesar itu kerana tahu lelaki itu pernah berhabis ratusan ribu ringgit ketika mereka masih suami isteri.
“Maruah saya dan anak bukan di bawah tapak kaki dia. Kalau masa kahwin lain dia boleh habiskan beratus ribu ringgit, kenapa dia tak boleh bayar tuntutan saya sekeluarga. Di dunia ini dia boleh menafikan serta berbohong tapi di akhirat nanti nak lari mana gamaknya,“ ujarnya.
No comments: