Luna Maya bahagia disamping kekasih baru

Luna Maya bahagia disamping kekasih baru

Luna Maya bahagia dengan kekasih baru

Kisah peribadi pelakon dari negara seberang Indonesia, Luna Maya seringkali menjadi tumpuan ramai lebih-lebih lagi selepas video sek-snya dengan bekas vokalis kumpulan Peterpan, Ariel, tersebar beberapa tahun lalu.

Semenjak kejadian tersebut, Luna Maya dilihat lebih gemar mengunci mulut mengenai kehidupan peribadinya daripada berkongsi dengan media.

Bagaimanapun ketika kedatangannya ke Kuala Lumpur untuk mempromosi lagu kolaborasi dengan Dato' AC Mizal berjudul "Paranoid", Luna Maya sempat menceritakan dia kini sedang bahagia menjalinkan hubungan cinta dengan kekasih baru.

"Saya sekarang 100% bahagia. Walaupun saya sering sibuk dengan kerja-kerja saya, tapi dia seorang yang sangat memahami. Lagipun dia juga sibuk dengan kerjanya," ujarnya Luna Maya seperti dipetik daripada laporan Malaysian Digest.

Ditanya jika kekasihnya itu adalah seorang penerbit dan ahli perniagaan bernama Reino Ramaputra Barack, Luna Maya enggan mengesahkan perkara itu sebaliknya mahu jejaka berkenaan dikenali sebagai Mr. R sahaja.

Sudah menjalin hubungan cinta sejak satu setengah tahun yang lalu, Luna Maya memberitahu keserasian dan persamaan antara mereka membuatkannya cukup selesa walaupun jejaka tersebut mudah setahun daripadanya.

Aktres berusia 31 tahun ini turut memberitahu, dia dan Mr. R ada berbincang tentang perkahwinan tetapi ia tidak mungkin akan diadakan pada tahun ini.

Bercerita tentang kolaborasinya dengan AC Mizal, Luna Maya berkata dia tidak berfikir panjang dan terus bersetuju selepas ditawarkan menyanyi lagu berentak dance dan upbeat itu.

Malah Luna Maya turut dipertanggungjawab untuk mengarahkan video muzik lagu "Paranoid" ini. Menjadikan klip video Britney Spears dan Will. I. Am sebagai inspirasi, Luna Maya bersyukur AC Mizal dan pihak Sony Music menyukainya walaupun dia agak tergesa-gesa untuk menyiapkannya kerana mempunyai komitmen kerja lain.

Dalam perkembangan lain, Luna Maya bakal mengarahkan sebuah filem terbaru tidak lama lagi dan akan melancarkan koleksi minyak wanginya pada November depan.