Tasha Shila ditemani Hen Tempah Baju Kahwin

Tasha Shila ditemani Hen Tempah Baju Kahwin

Selepas timbul dakwaan baru-baru ini, Tasha Shila dikatakan bercumbuan dengan 'teman tetapi mesranya', jejaka Muay Thai yang dikenali sebagai Hen Chen, alih-alih timbul satu lagi cerita yang tak kurang mengejutkan - pasangan itu pula dikatakan sudah menempah baju perkahwinan.


Buktinya, apabila sekeping gambar yang dimuat naik ke laman Instagramnya tiga hari lalu.

Gambar tersebut memperlihatkan Tasha ditemani Hen bertemu pereka fesyen, Ezuwan Ismail, berserta keterangan gambar yang tertulis Thank You @ezuwanismail. Lantas seolah-olah menunjukkan dramatis itu seperti menempah busana untuk hari bahagianya.

Menerusi kenyataan  hari ini, pelakon Terukir di Bintang ini mengaku memang menempah baju untuk majlis perkahwinan.

"Memang kami menempah baju dengan Ezuwan untuk majlis perkahwinan. Tetapi, bukanlah kami yang nak kahwin. Sebaliknya baju itu akan kami gayakan pada majlis persandingan Rozita Che Wan dan Zain Saidin.

Tema pada malam itu ialah hitam dan putih dan kami akan berpakaian sedondon. Lagipun, warna hitam memang warna kegemaran Hen Chen", katanya.