Drama Suamiku Encik Sotong angkat Sharnaaz Ahmad sebagai pelakon

Drama Suamiku Encik Sotong angkat Sharnaaz Ahmad sebagai pelakon
Drama Suamiku Encik Sotong

Drama adaptasi novel terbaru karya Syikin Zainal berjudul Suamiku Encik Sotong akan ditayangkan di kaca TV.


Drama arahan Eoon Shuhaini ini mengandingkan pasangan Sharnaaz Ahmad dan Amyra Rosli sebagai pelakon utama. Saksikan drama ini bersiaran mulai 27 Oktober 2014, pada setiap hari Isnin jam 10.00 malam tayangan serentak di Astro Ria (104) dan Astro Maya HD (135).

JUDUL : SUAMIKU ENCIK SOTONG
GENRE : Romantik-Komedi
EPISOD :  -
TARIKH :  27 Oktober 2014 (Setiap Isnin - 10.00malam)
SIARAN :  Astro Ria & Maya HD
PENGARAH : Eoon Shuhaini
PENULIS NOVEL : Syikin Zainal
TERBITAN : Global Station 
PELAKON : Sharnaaz Ahmad, Amyra Rosli, Amar Baharin, Hanis Zalikha, Erry Putra, Roy Azman, Lydiawati, Syatila Melvin, Zaidi Omar, Rosnah Johari

WATAK PELAKON 
Sharnaaz Ahmad sebagai Farish
Amyra Rosli sebagai Erica Soffea
Amar Baharin sebagai Tengku Izhan
Hanis Zalikha sebagai Dhia
  

SINOPSIS DRAMA SUAMIKU ENCIK SOTONG

Mengisahkan hubungan Farish (Sharnaaz Ahmad) dan Erica (Amyra Rosli) yang punyai personaliti berbeza dan sering bertengkar ekoran paksaan keluarga untuk mereka berkahwin selama 3 tahun agar dapat mewarisi harta peninggalan arwah neneknya. Sepanjang perkahwinan, mereka tidak pernah menjalankan tanggungjawab sebagai suami isteri, malah Erica telah jatuh cinta kepada sepupunya, Izhan (lakonan Amar Baharin), manakala Farish terlah jatuh cinta dengan rakan kolejnya, Dhia (Hanis Zalikha). Plot perjalanan drama yang punyai unsur komedi, mesej yang ringan dan cermat ini diteruskan dengan babak penantian mereka agar kontrak perkahwinan tersebut dapat dihabiskan.


SINOPSIS NOVEL SUAMIKU ENCIK SOTONG

Suamiku Encik Sotong mengisahkan pasangan suami isteri yang berlainan sikap dan gaya. Suami lebih kepada jiwa kelembutan manakala si isteri agak rock sedikit jiwanya. Erica Soffea melonjak kegembiraan. Mana tidaknya, dialah bakal peneraju Khaleeda Holding.

Walaupun hubungannya dengan arwah nenda bukanlah baik sangat pun. Terasa macam hendak buat aksi akrobatik ketika namanya diumumkan. Naik senak kepala Erica bila dia terpaksa dijodohkan dengan sotong peliharaan nendanya, Farish. Dah lah tak macho, pakai baju warna pink. Kalau bercakap tangan bukan main lentik lagi macam orang nak main mak yong.

Farish terpaksa menerima Erica kerana dua sebab. Pertama, sebab wasiat arwah Tengku Khaleeda. Kedua, kerana tidak tahan dengan perangai berlagak Erica. Lagipun bukan lama sangat dia perlu bergelar suami pada diva berlagak itu, tiga tahun sahaja.

Dalam tempoh perkahwinan mereka jatuh cinta. Tapi cinta itu bukan milik mereka berdua. Milik siapa ya? Peninglah, kalau dah dapat suami sotong. Bukan hanya lembut fizikal tapi lembut juga hatinya. Erica pula terpaksa terus bersama dengan Encik Sotongnya kerana cinta. Encik sotong bukan lelaki biasa, tetapi lelaki yang sanggup berkorban segala-galanya demi tidak mahu melihat Erica merana. Walaupun jiwa lelakinya menderita, tapi sampai bila?

“Amboi sedap aje mulut kau mengata kat aku. Aku pun tak ingin nak ambil perempuan macam kau ni jadi isteri aku tau. Mulut macam puaka.” - Farish

“Bukanlah Kak Ain, bukan Rica nak sembunyikan suami Rica. Tapi dia sibuk maklumlah nak jahit baju pertunangan Izhan dengan Qarina. Faham-faham ajelah golongan tengku-tengku ni bertunang pun kena buat yang grand. Baju tu kalau boleh bukan setakat labuci, lampu lip-lap tu pun kalau boleh suruh dipasang kat baju. Itu yang suami saya sakit kepala. Nak fikir macam mana nak letak lampu lip-lap kat pergelangan tangan.” - Erica

GAMBAR PELAKON