Soo Wincci masih belum berpunya
Thursday, September 4, 2014
Admin
Selepas tiga tahun hidup tanpa cinta, penyanyi Soo Wincci yang mencipta populariti di Taiwan mengakui sesekali terbit rasa kesunyian yang tak mampu dibendung.
Namun, beliau mengakui tidak mahu terlalu melayan perasaan terbabit.Katanya, dengan membuatkan dirinya sibuk, perasaan itu sedikit sebanyak terhakis. Malah tempias gosip yang pernah mengaitkan dirinya dengan Iqram Dinzly juga tidak sekadar usikan manja.
"Tak apalah, mungkin ada hikmah juga saya tak ada kekasih. Jadi boleh fokus kepada kerjaya seni. Selagi saya tak mampu mengharumkan nama Malaysia di mata dunia, selagi itu perjuangan saya tak akan berhenti.
Soo Wincci bergambar di set pertandingan Taiwan Super Idol. |
Jika Shila Amzah sedang membina nama di China, Soo pula sedang berusaha sebaik mungkin untuk menempatkan dirinya di persada seni hiburan Taiwan. Soo sudah setahun lebih berulang alik dari Malaysia ke Taiwan dalam misinya menawan negara berkenaan.
Sedang ligat mempromosikan album terbarunya di stesen radio di Taiwan. |
"Untuk album ini kami melaburkan lebih daripada RM 1 juta. Album ini disiapkan dalam tempoh setahun termasuk mencari lagu, proses rakaman, menyiapkan klip video dan sebagainya. Antara judul lain yang dimuatkan ialah Someone Like Me, Endless Happiness, Expired Love.
BERSAMA salah seorang teman di Taiwan. |
Soo Wincci ketika membuat persembahan dalam cabaran di Pertandingan Taiwan Super Idol. |
Soo Wincci bersama album terbarunya. |
No comments: