Uqasha Senrose kesal dituduh tidak memakai coli

Uqasha Senrose kesal dituduh tidak memakai coli
Aktres jelita Uqasha Senrose baru-baru ini diheret dengan isu panas apabila dikatakan tidak mengenakan coli ketika menghadiri satu majlis pelancaran

Uqasha Senrose kesal dituduh tidak memakai coli

22 Apr – Pelakon jelita, Uqasha Senrose yang hangat diperkatakan baru-baru ini akibat hubungan percintaanya bersama aktor Pekin Ibrahim yang dikatakan goyah, kini diheret dengan isu panas apabila dikatakan tidak mengenakan coli ketika menghadiri satu majlis pelancaran di ibu kota.


Uqasha yang nyata manis memakai gaun berona merah jambu kelihatan seperti tidak memakai coli kerana bahagian jahitan di bahagian dadanya kelihatan tersembul sedikit dan boleh mengelirukan bagi sesiapa sahaja yang melihatnya.

Gambarnya tersebar luas di Internet dan dia turut dikecam dengan kata-kata yang kurang menyenangkan kerana ada pihak yang menganggapnya ingin meniru stail pakaian selebriti di Hollywood.

Menerusi satu temubual bersama portal media tempatan, Uqasha menjelaskan yang dia langsung tidak sedar akan perkara tersebut sehingga dia terbaca di laman sosial Twitternya.

"Saya hanya mampu ketawa apabila isu ini jadi dan pihak di luar sana harus berfikir dahulu sebelum mengaibkan diri saya.


"Pada masa yang sama, saya turut berasa malu untuk mengulas lanjut perkara ini. Saya masih waras dan bukan bodoh untuk tidak memakai memakai coli untuk menghadiri majlis," jelasnya.

Pelakon cantik ini turut menjelaskan mungkin ada hikmah disebalik kejadian ini dan akan lebih berhati-hati selepas ini.

Dalam perkembangan lain, Uqasha akan berada di Gold Coast, Australia sehingga hujung bulan ini bagi menjalani penggambaran drama dan sebuah telefilem bersempana Hari Raya Aidilfitri..