Bakal Peserta Bergaduh Rebut Borang Masuk Akademi Fantasia 2014

Bakal Peserta Bergaduh Rebut Borang Masuk Akademi Fantasia 2014

Nak gelak dulu boleh? HAHAHAHAHA!

Kecoh apabila peserta yang menghadiri uji bakat rancangan realiti Akademi Fantasia 2014 (AF2014) di Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) di sini, semalam bertelingkah sama sendiri merebut borang dihadkan kepada 500 orang terawal.

Kejadian berlaku apabila borang itu habis dan ia menimbulkan rasa tidak puas hati beberapa peserta yang mahu mencuba nasib menyertai rancangan terbitan stesen Astro Ria itu.

Ketika ditemui Pengurus Saluran Astro Ria, Raqim Ahmad menjelaskan pihaknya tidak boleh mengedarkan borang lebih daripada 500 bagi membolehkan sesi uji bakat berjalan lancar dan habis dalam waktu ditetapkan.

“Justeru, saya menasihati peserta yang mahu mencuba nasib agar faham keputusan diambil produksi. Ini kerana sekiranya kami mengeluarkan borang lebih daripada jumlah itu ia mengambil masa panjang”

“Ia mempengaruhi juri kerana keletihan dan tidak dapat menilai bakat peserta dengan baik. Lagipun uji bakat dilakukan dalam tempoh dua hari di sini,” katanya.