Anak bongsu Linda Rafar terlalu Sebak rindukan arwah abangnya

Anak bongsu Linda Rafar terlalu Sebak rindukan arwah abangnya


Adik Bongsu Rindukan Memen

Linda Rafar telah memuat naik sebuah video dengan caption... “ArriqMissArwahAbgMemen” yang memaparkan anak bongsunya Syed Arriq, tidak dapat menahan kesedihan kerana terlalu rindukan arwah abangnya, Memen. Kami turut terkesan selepas menonton video berdurasi 15 saat ini dan terpanggil untuk berkongsi dengan anda semua...

Kredit foto Instagram @lindarafar.

Hari ini, genap tujuh hari pemergian anak bekas penyanyi kumpulan Elite, Linda Rafar, allahyarham adik Rezaiman Keifli ke Rahmatullah. Kehilangan Rezaiman atau lebih mesra dengan panggilan Memen masih dirasai oleh Linda dan seluruh ahli keluarga termasuk anak bongsunya Syed Arriq, 2.

Kira-kira 24 jam yang lalu, Linda telah memuat naik sebuah video dengan kapsyen “ArriqMissArwahAbgMemen” yang memaparkan anak bongsunya Syed Arriq, tidak dapat menahan kesedihan kerana terlalu rindukan arwah abangnya, Memen.

Menerusi video tersebut, dapat dilihat Arriq dengan linangan air mata dan esak tangisnya menyebut perkataan “abang” dalam suara yang tersekat-sekat. Kesedihan Arriq turut dirasai beribu-ribu pengikut di laman Instagram Linda dan telah mendapat lebih 15,000 like ketika artikel ini ditulis. Kami turut terkesan selepas menonton video berdurasi 15 saat ini dan terpanggil untuk berkongsi dengan anda semua.