Akademi Fantasia 2014 - Barisan Pelajar dan Tenaga Pengajar musim 2014 diumumkan
Thursday, August 21, 2014
Admin
Inilah pelajar-pelajar yang telah dipilih untuk menyertai fakulti #AkademiFantasia2014 - hebat semuanya!
Astro kembali memeriahkan dunia seni hiburan tanah air dengan membuka lembaran baru melalui barisan tenaga pengajar yang bakal menerajui perintis program realiti nyanyian popular Akademi Fantasia atau AF2014 yang kini kembali dengan format serba baru.Anak bekas vokalis Wings antara 12 peserta AF2014
Anak bekas vokalis Wings yang juga penyanyi, Ikhwal Hafiz Ismail, 22, antara 12 peserta Akademi Fantasia 2014 (AF2014) yang bakal memulakan konsert pertama pada 9 September ini.Pengurus Saluran Astro Ria, Raqim Ahmad berkata, pengalaman sebagai penyanyi profesional dan mempunyai pengikut di laman sosial hanya bonus buat anak Mel itu tetapi hakikatnya ia lebih memberi tekanan.
"Apa pun latar belakang setiap peserta, masing - masing perlu tonjolkan bakat dan kebolehan kerana penonton mengundi bersandarkan persembahan malam itu," katanya di majlis memperkenalkan peserta dan tenaga pengajar AF2014, di sini hari ini.
Mengekalkan format seperti musim awal pertandingan nyanyian realiti itu, tenaga pengajar kali ini ialah Siti Hajar Ismail, Fatimah Abu Bakar, Linda Jasmine selain Marlia Musa dan Acis.
Pelawak, pelakon dan penyanyi, Zizan Razak dipertanggungjawabkan sebagai hos manakala Jihan Muse sebagai pengacara diari AF2014.
Program AF 2014 yang bakal bersiaran menerusi saluran rasmi Astro Ria di 104 bermula September kelak dengan bangganya memperkenalkan kombinasi wajah-wajah baru dan lama yang bakal menjadi titik tolak permulaan kejayaan bakal bintang-bintang Akademi Fantasia yang kini sedang dalam proses dikenalpasti.
NOR AZIHA BINTI MD SALLEH
Ciri-Ciri Peribadi : Ceria, suka buat kerja cepat, tak suka buang masa jika perlu untuk cepat, tepati janjiMuzik Kegemaran :Balada
Penyanyi Kegemaran : Adira
Pelakon Kegemaran : Nabila Huda, Izara Aishah
MUHAMAD ZHARIF BIN MOHD KAMIL
Ciri-Ciri Peribadi : Ceria, suka berjenaka, gemar menghiburkan hati kawan-kawan, mudah menyesuaikan diri, peramah, penyayang, pendamai.Muzik Kegemaran : Rock, Modern Rock, Soul
Penyanyi Kegemaran : Jamal Abdillah, Faizal Tahir, Hazama
Pelakon Kegemaran : Beto Khusyairy, Sharnaaz Ahmad, Hanis Zalikha
WALFADHILAH BINTI SUHAIZAT
Ciri-Ciri Peribadi : Kuat nangis, takut pada ketinggian, suka bersendiri, dan suka memasakMuzik Kegemaran : Balada
Penyanyi Kegemaran : Salamiah Hassan dan Alyah
Pelakon Kegemaran : Dato' Rosyam Noor dan Erra Fazira
SYAMILA NUHAIR BINTI ZAINORDI
Ciri-Ciri Peribadi : Proaktif, sukakan cabaran, mudah simpati, mudah menyesuaikan diriMuzik Kegemaran : And I’m Telling You I’m Not Going
Penyanyi Kegemaran : Charice Jessica Sanchez, Beyonce, Whitney Houston
Pelakon Kegemaran : Syafie Naswip
NINA NADIRA BINTI NAHARUDDIN
Ciri-Ciri Peribadi : Sangat gemarkan teater, berkemahiran bermain piano, gitar dan ukulele, dan suka bergaulMuzik Kegemaran : Jazz, R&B
Penyanyi Kegemaran : Adelle
Pelakon Kegemaran : Sharnaaz Ahmad
MUNA SHAHIRA BINTI MUNADIR
Ciri-Ciri Peribadi : Ceria, mudah bawak bersembang, suka menyanyi dalam tandas, berusaha mendapatkan sesuatu yang diingini, mudah menangis tapi tegas.Muzik Kegemaran : Balada
Penyanyi Kegemaran : Dato' Siti Nurhaliza
Pelakon Kegemaran : Lisa Surihani, Farid Kamil
MHD FIRMAN BIN BANSIR
Ciri-Ciri Peribadi : seorang yang peramah, mudah bergaul, suka bercerita, pendiam, pemalu, serius melakukan sesuatu kerjaMuzik Kegemaran : Rock dan moden
Penyanyi Kegemaran : Azlan and The Typewriter, Faizal Tahir
Pelakon Kegemaran : Farid Kamil, Sofi Jikan, Adi Putra
MUHAMMAD FAREEZUAN BIN ADNAN
Ciri-Ciri Peribadi : Ceria, peramah, tidak cerewet, manjaMuzik Kegemaran : Pop Balada, Pop Etnik, Pop Jazz
Penyanyi Kegemaran : Dato' Siti Nurhaliza
Pelakon Kegemaran : Fauziah Nawi
IKHWAL HAFIZ BIN ISMAIL
Ciri-Ciri Peribadi : Periang, bercita-cita tinggi, komitedMuzik Kegemaran : Pop, R&B, Soul, Jazz
Penyanyi Kegemaran : Michael Jackson, Luther Vandros, Sudirman
Pelakon Kegemaran : Johnny Depp, Leonardo DiCaprio
AZWAN BIN SATAR
Ciri-Ciri Peribadi : Suka mendengar masalah orang lain, sekaligus cuba membantu, suka bergurau, penyayang, tidak suka dikongkong, mudah tersentuh, suka berkawan tidak kita dengan sesiapa sahaja.Muzik Kegemaran : Pop, Pop Rock, Slow Rock, Pop R&B, Balada, Asli
Penyanyi Kegemaran : Dato' Siti Nurhaliza, Jamal Abdillah, Anuar Zain, Afgan
Pelakon Kegemaran : Aaron Aziz, Yana Shamsuddin, Nora Danish, Heliza Helmi
MOHAMMAD RAZMAN BIN ABDUL AZIZ
Ciri-Ciri Peribadi : Pemalu, mesra, sweet talkMuzik Kegemaran : Pop, balada
Penyanyi Kegemaran : Hafiz AF, One Direction
Pelakon Kegemaran : Nora Danish, Wentworth Miller
ADELINE JOYCE MASIDAH
Ciri-Ciri Peribadi : Seorang yang penyayang, suka menolong, berdikari, berusah untuk berjaya
Muzik Kegemaran: Balada, slow rock, pop, jazz
Penyanyi Kegemaran : Dato' Siti Nurhaliza, Kris Dayanti, Celine Deon, Beyonce, Sarah Geramiho
Pelakon Kegemaran : Aaron Aziz, Erra Fazira
Antara barisan Tenaga Pengajar di #AkademiFantasia2014 |
Zizan dan Jihan sebagai hos #AkademiFantasia2014. Zizan akan jadi hos untuk konsert dan Jihan akan kendalikan diari. |
No comments: