Hanez akui masih sayangkan kekasihnya Romie!
Sunday, August 17, 2014
Admin
Hanez Suraya dikhabarkan masih lagi mahu sayangkan Romie walaupun menyedari dia adalah punca terhadap pergolakkan Romie dengan isterinya.
Pun begitu, hubungan Hanez dengan Romie masih lagi samar-samar, adakah mereka masih bersama atau sudah putus ditengah jalan.
“Saya sendiri kasihankan anak mereka. Malah di saat kes mereka terus berjalan, saya berkecil hati sebenarnya kerana terus-terusan dianggap sebagai punca kepada apa yang terjadi membabitkan mereka. Saya terus dipersalahkan. Benar, saya tak nafikan saya hadir dalam hidupnya pada waktu yang salah,”
“Tapi saya tak mampu melawan kehendak takdir. Saya pernah terdetik untuk putuskan hubungan ini tetapi dia terus mencuba untuk memiliki saya”
“Malah saya cuba membawa diri untuk menjauhkan diri daripadanya tetapi semakin jauh saya cuba lari, semakin kuat pula usahanya untuk memenangi hati saya. Saya masih sayangkannya. Anaknya pun memang rapat dengan saya,“ -Hanez, -sumber.
No comments: