Jodoh Masih Panjang - Adam Dan Fiza Rujuk Semula.

Jodoh Masih Panjang - Adam Dan Fiza Rujuk Semula.

Jodoh Masih Panjang - Adam Dan Fiza Rujuk Semula. Kredit foto instagram @fizahalim81.

Nampaknya jodoh Adam atau nama sebenarnya Mohd Aizam Mat Saman masih panjang apabila beliau disahkan merujuk untuk bersatu kembali dengan bekas isterinya iaitu Fiza.

Mereka dilaporkan kembali rujuk pada 17 Julai lalu, dan mengambil berkat bulan Ramadan untuk kekal bersama setelah hampir 3 bulan bercerai. Menurut sumber dari Berita Harian,  Adam ke pejabat Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) di Shah Alam pada hari Selasa lalu, untuk pendaftaran rujuk semua perkahwinan mereka. Kata Adam

“Walaupun bercerai, kami tidak bermasam muka dan masih terus berhubung. Ternyata cinta kami masih kuat. Setelah berfikir dan berbincang, kami ambil keputusan untuk rujuk semula pada bulan Ramadan yang berkat. Saya harap semua orang doakan yang terbaik.”

Katanya lagi, walaupun berpisah mereka masih berhubung dengan baik seperti biasa dan menggunakan tempoh berpisah itu sebagai salah satu cara untuk muhasabah diri masing-masing dan hasilnya mereka bersepakat untuk bersatu semula, dan memperbaiki hubungan ke arah kebaikan. Fiza pula berkata yang beliau mengimpikan untuk mengerjakan umrah bersama Adam selain segera menimang cahayamata dengan suaminya itu.
Pasangan ini mula berpindah ke rumah baru dan Fiza juga sudah pun berkunjung dan beraya ke rumah keluarga Adam di Sabah beberapa hari sebelum pulang ke Kuala Lumpur.