Kerjasama Jenama busana Muslimah tempatan Bella Ammara & Liyana Jasmay
Tuesday, September 30, 2014
Admin
Jenama busana Muslimah tempatan Bella Ammara telah bekerjasama dengan aktres dan penyanyi Liyana Jasmay bagi menghasilkan koleksi jubah khas bersempena dengan Hari Raya Aidiladha yang bakal menjelang tiba.
Berkonsepkan klasik dan luxe, koleksi jubah BELLALIYANA01 ini mempunyai 10 warna berlainan yang menggunakan gabungan tweed lace dan disempurnakan dengan elemen jahitan batu Swarovski yang cukup minimal, tetapi tampil mewah.Menurut Liyana, dia turut menyumbang idea terhadap koleksi tersebut dan teruja serta berharap agar kolaborasi ini akan diteruskan pada masa akan datang.
"Kerjasama ini adalah tidak disengajakan, secara kebetulan saya menemani kakak saya yang amat meminati jubah mereka. Sewaktu itu, pertama kali saya mencuba dan membeli koleksi mereka. Ia ternyata cantik dan sangat selesa. Dari situ perkenalan kami bermula dan mereka menawarkan saya untuk bekerjasama," ujarnya.
Ini bukanlah kali pertama Bella Ammara bekerjasama dengan selebriti tanah air. Sebelum ini dia pernah berkolaborasi dengan pelakon dan pengacara Neelofa.
Pengasas dan pereka jubah Bella Ammara, Belle Alyahya berkata kolaborasi dengan selebriti sangat mengujakan kerana dia berpeluang bereksperimentasi serta mengaplikasikan pelbagai perspektif serta idea mereka dalam koleksi jubah itu.
Koleksi BELLALIYANA01 dijual dengan harga RM294 dan boleh didapati di butik Bella Ammara yang baru sahaja dibuka di Shah Alam.
No comments: