Penyanyi Rock Hattan dipilih Pengetua AF 2014

Penyanyi Rock Hattan dipilih Pengetua AF 2014
Kini segala persoalan tentang siapakah pengetua #AF2014 terjawab apabila Dato' Hattan diumumkan sebagai pengetua Akademi Fantasia musim ini.

Hattan dipilih Pengetua AF 2014

Spekulasi siapa yang bakal bergelar Pengetua Akademi Fantasia 2014 akhirnya terjawab apabila Astro bakal mengumumkan pemilihan penyanyi rock, Datuk Hattan sebagai peneraju utama akademi itu.


Sumber memberitahu BH, pengumuman Hattan atau nama sebenarnya, Mohd Shukri Shahabudin, 49, sebagai pengetua akan diadakan malam ini sempena Konsert Prelude AF 2014 yang berlangsung di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Shah Alam.

"Hattan dipilih berdasarkan pengalamannya dalam bidang seni serta kredibiliti yang ada padanya," kata sumber itu.

Selain Hattan, tenaga pengajar lain yang terbabit dalam musim ini ialah Fatimah Abu Bakar (Guru Komunikasi dan Bahasa Inggeris), Linda Jasmine (Guru Tarian dan koreografi), Marlia Musa (Guru Seni Persembahan) dan Siti Hajar (Guru Vokal).

Pelakon, pengacara dan pelawak terkenal, Zizan Razak, bertindak sebagai pengacara manakala Jihan Muse mengendalikan segmen Diari AF.