Bila Aidil Zafuan Hilang Sabar, Dedah SMS Yang Dihantar Kepada Rita Rudaini
Monday, October 13, 2014
Admin
Pasangan ini daripada sebelum berkahwin sehinggalah bercerai dan punya kehidupan masing-masing masih lagi saling berbalas-balas kenyataan di media. Masing-masing menuduh antara satu sama lain.
Terbaru, Aidil Zafuan menafikan dakwaan bekas isterinya Rita Rudaini bahawa dia telah mengabaikan tanggungjawabnya sebagai seorang bapa dan tidak memberi nafkah kepada dua anak lelaki hasil perkahwinan mereka.
Aidil bertindak mendedahkan segala kiriman SMS (sistem pesanan ringkas) yang dihantar kepada Rita namun langsung tidak mendapat balasan daripada bekas suaminya itu. Aidil berkata dia sudah hilang sabar dengan segala tuduhan yang diberikan oleh bekas isterinya itu sehingga mereka kepalanya seperti dipijak-pijak.
"Dgn manusia kau blh tipu tapi dgn tuhan jawab di akhirat nanti.tak pernah mintak konon😡😡selame ni aku diam kau pijak kepale aku.#tempurung jantan""Selame ni aku diam.bgi tau org aku langsung tak igt anak2 tapi aku msg sekali pon kau tak jwb..ni bukti dia.kadang2 aku perlu pertahan diri.dulu aku blh diam skrg jgn sekali kau pijak aku😡😡#tempurungjantan"
Aidil turut menafikan keratan akhbar yang memaklumkan Rita Rudaini tidak pernah meminta cerai daripadanya.
No comments: