Miera Liyana Tayang Aset Dalam Filem

Miera Liyana Tayang Aset Dalam Filem

Kisah BENAR : Miera Liyana Tayang Payudara Dalam Filem

NAMA Miera Liyana sebelum ini pernah hangat diperkatakan setelah aktres muda ini tampil berani memakai gaun labuh yang mendedahkan sebahagian payudaranya. Bagaimanapun isu berkenaan telah lama berakhir dan gadis berusia 21 tahun ini sudah berjanji untuk mengambil iktibar agar berpada-pada dalam berpakaian.


Namun terbaru, Miera atau nama sebenarnya Miera Liyana Kasmi sekali lagi tampil mengejutkan media yang hadir menyaksikan filem terbaru lakonannya, Dendam Orang Mati. Bukan sahaja kerana filem itu seram, tetapi kerana aksi berani dan ‘daring’ Miera dalam menjayakan wataknya sebagai Min.

Antara babak tersebut melibatkan Miera memakai baju mandi dan adegan di atas katil bersama Fizz Fairuz.

“Sejujurnya saya memang berat hati untuk menjayakan babak tersebut, tapi bila saya fikir ia hanyalah untuk memenuhi karakter sahaja. Apatah lagi setelah diyakinkan pengarah (Jason Chong) bahawa babak itu dirakamkan dari jauh (wide shot) dan kemudian akan disunting, jadi saya bersetuju untuk lakukan.

“Malah saya tak rasa diri saya dieksploitasi, kerana saya anggap ia satu cabaran dan sebagai pelakon saya hanya menjalankan tanggungjawab saya seperti yang dikehendaki pengarah dan skrip,” katanya

Ujar Miera, dia tidak menyesal menjayakan babak tersebut, namun sekiranya ada filem atau drama yang memerlukan dia berpakaian sebegitu lagi, dia akan menolak.

“Saya boleh katakan ia adalah lakonan paling ‘daring’ saya dan biarlah ia jadi lakonan pertama dan terakhir saya untuk aksi seperti itu. Dan saya juga sudah bersedia menerima apa jua kritikan kerana saya bukan boleh puaskan hati semua orang,” katanya.

Turut diterajui oleh Lisa Surihani, Dendam Orang Mati mengisahkan misteri Lena yang tersedar dari koma selama dua tahun dan hilang ingatan akibat kemalangan. Filem ini bakal menjengah seluruh pawagam tanah air mulai 23 Oktober 2014.