Dynas, suami Hafizy Hafiz sudah bercerai talak satu!

Dynas, suami Hafizy Hafiz sudah bercerai talak satu!

Dynas, suami sudah bercerai talak satu!

Akhirnya Dynas Mokhtar mengakui dia dan suaminya Hafizy Hafiz sudah bercerai. Dan ini diakui sendiri oleh Dynas melalui sisipan BPop semalam.

Mereka bercerai talak satu secara baik sejak 25 Februari yang lalu. Punca sebenar berlaku perceraian itu adalah, kegagalan komunikasi rumahtangga.

Kini mereka bergilir-gilir untuk menjaga anak hasil perkongsian hidup mereka 6 tahun (kahwin Mac 2008) sebelum ini, Khyra Khalyssa dan Mohamed Haqaish.
"Siapa yang berkahwin nak bercerai. Semua mahu perkahwinan kekal hingga akhir hayat, tapi nak buat macam mana dah tak ada jodoh. Apa-apa masalah yang kami ada, itu antara saya dan dia, orang lain tak perlu tahu. Dari nak bercakap negatif, apa kata semua mendoakan yang terbaik untuk kami,"

"Selepas jatuh talak dan tamat tempoh edah, saya masih belum bersedia lagi. Kemudian, setelah berbincang dengan bekas suami, saya rasa sudah tiba masanya kami memberitahu kepada semua mengenai perkara ini. Ramai yang tertunggu-tunggu dan tertanya-tanya mengenai status kami, jadi saya rasa tak sedap juga daripada orang terus nak mengata bukan-bukan, jadi lebih baik kami berterus-terang. Apapun, kami masih berkawan baik dan saya harap kami akan kekal berkawan untuk turut sama membesarkan anak-anak kami." -Dynas