Wan Hanafi Su bantu antara satu sama lain dengan Marsha Milan Londoh
Wednesday, January 22, 2014
Admin
Seingat penulis belum pernah RAP meletakkan seorang pelakon berusia 63 tahun sebagai penghias muka depan.
Bukan mengenepikan kepentingan artis veteran bahkan tidak semua juga artis muda yang berpeluang muncul sebagai penghias muka depan kerana ada kriteria tersendiri dalam memilihnya.
Namun aura yang dimiliki penerima anugerah Pelakon Lelaki Terbaik Drama pada Anugerah Skrin 2013 (ASK2013) menerusi drama Hari-Hari Terakhir Seorang Seniman, Wan Hanafi Su, memang sukar disangkal.
Seraut wajah serius dengan imej berambut panjang dan berjambang putih, hadirnya dia membuat sesiapapun yang berselisih bahu terusik bahawa lelaki ini orangnya bukan calang-calang. Jelas gaya senimannya yang unggul.
Tempoh hari di studio Balai Berita, pelakon hebat ini sempat membuat kunjungan bersama pelakon muda berbakat besar, Marsha Milan Londoh bagi mempromosikan filem Laga. Sebetulnya, ini juga adalah fotografi pertama menggandingkan mereka berdua.
No comments: