Bila Anak Nora Danish Dan Erra Fazira Dikritik Gara-Gara Berpeluk Sakan

Bila Anak Nora Danish Dan Erra Fazira Dikritik Gara-Gara Berpeluk Sakan

Anak Nora Danish Dan Erra Fazira Dikritik Gara-Gara Berpeluk Sakan

Bukan sahaja selebriti yang mendapat perhatian peminat mereka, sebaliknya anak-anak selebriti turut tidak ketinggalan sama menjadi tumpuan mereka-mereka di luar sana.

Terbaharu, anak Nora Danish dan Erra Fazira dikritik sebahagian besar peminat gara-gar gambar mereka berpeluk sakan disiarkan di laman instagram.

Anak Nora, Putra Rayqal Ramli dan anak Erra Fazira, Engku Aleesya sekarang dilihat selalu bersama kerana menemani ibu masing-masing menjalani latihan teater Bahayanya Wanita yang dipersembahkan di Istana Budaya, Kuala Lumpur, baru-bar ini.

Tapi, bagi penulis, tak salah rasanya kalau budak-budak beraksi macam ni, lagipun mereka belum akil baligh lagi, takkan perkara macam ini pun jadi isu.

Hmm, pelik-peliklah peminat tempatan ni, ada je yang tak kena di mata dorang kan.