Setelah 6 Tahun Bercinta, Kamal Adli & Intan Ladyana Putus Jua

Setelah 6 Tahun Bercinta, Kamal Adli & Intan Ladyana Putus Jua

Setelah 6 Tahun Bercinta, Kamal Adli & Intan Ladyana Putus Jua

Hubungan cinta antara dua pelakon hebat Kamal Adli dan Intan Ladyana yang dibina sejak 6 tahun lalu akhirnya putus ditengah jalan.

Menurut Intan Ladyana, 32, keputusan untuk berpisah diambil atas persetujuan bersama dan ianya berlaku pada akhir Ramadhan yang lalu.
"Saya dan Kamal sudah tidak lagi mempunyai sebarang hubungan istimewa. Keputusan ini sudah lama kami fikirkan, tetapi sekarang baru dapat dibuat.


"Kalau boleh jangan tanya saya punca perpisahan kami ini, biarlah ia menjadi cerita peribadi kami. Saya anggap ini semua tiada jodoh untuk kami bersama," jelasnya.

Walaubagaimanapun, walaupun Intan berkata walaupun hubungan mereka sudahpun berakhir, ia tidak menghalang untuk mereka terus berhubung sebagai teman biasa malah tidak keberatan jika digandingkan bersama menerusi lakonan dan akan bertindak profesional.

"Kalau diikutkan saya kini berasa lega setelah berterus terang mengenai hubungan kami. Selepas ini saya akan lebih fokus kepada kerjaya dalam bidang lakonan," ujarnya lagi.

Sementara itu, bagi pihak Kamal, 28,  pula enggan memberi sebarang komen mengenai perkara tersebut dan meminta agar semua pihak dapat memberi ruang kepada mereka berdua.