BILA PELAKON LYDIAWATI DAKWA DISANTAU RAKAN BAIK
Monday, August 25, 2014
Admin
Pelakon Lydiawati memberitahu salah satu punya penyakit saraf dan reumatik yang dialaminya selama ini adalah disebabkan perbuatan khianat seseorang.
Lydiawati atau nama sebenarnya Salina Saimon, 48, berkata, dia menyedari perkara itu selepas bertemu dengan beberapa orang ustaz yang memaklumkan perkara berkenaan."Itulah, orang kata, nak percaya susah, tak percaya pun susah. Selepas berubat oleh beberapa ustaz, mereka cakap benda yang sama bahawa penyakit saya adalah kerana khianat orang.
"Dan difahamkan orang yang 'mengenakan' saya itu adalah teman rapat saya. Entahlah… Apa-apapun sekiranya ada orang yang berniat jahat, saya berserah kepada Allah," katanya yang dihubungi mStar Online di sini pada Ahad.
Pada Mei lalu, Lydiawati dilaporkan diserang penyakit saraf dan reumatik selepas berasa kebas dan bisa pada bahagian kiri kaki dan tangan sehingga menyukarkan pergerakannya.
Bagaimanapun Lydiawati memutuskan untuk tidak menjalani sebarang rawatan hospital selepas mendapati kos rawatan yang perlu dibayar agak mahal.
Dalam pada itu, Lydiawati berkata, ini merupakan kali kedua dia mengelami perbuatan khianat seperti itu selepas kejadian disantau pada tahun 1997.
"Harap-harap penyakit saya sekarang ini tidak seperti dulu. Saya pernah kena santau angin sampaikan badan saya kecut dari dalam. Alhamdulillah selepas empat bulan dirawat, barulah sihat," ujarnya.
Sementara itu, Lydiawati berkata, dia bersyukur apabila salah seorang peminatnya menawarkan bantuan membiayai kos rawatan penyakitnya itu.
"Alhamdulillah, selain menerima pelbagai ubat-ubatan, saya juga didatangi seorang hamba Allah yang juga merupakan peminat saya dan ingin membiayai rawatan penyakit saya ini.
"InsyaAllah, tidak lama lagi saya akan menjalani rawatan sepenuhnya di Pusat Perubatan Gleneagles Intan, Ampang.
"Sekarang ini, saya ikhtiar saja apa-apa rawatan. Moga ia dapat mengurangkan kesakitan saya ini," tuturnya.
Dalam perkembangan lain, Lydiawati kini sedang menjalani penggambaran Menghitung Rahmat Tuhan terbitan Zeel Production.
No comments: