Aliff Aziz bakal dipenjara kerana mencuri
Tuesday, September 30, 2014
Admin
Penyanyi popular Aliff Aziz telah disabitkan kesalahan Jumaat lalu kerana didapati bersalah mencuri dua buah telefon bimbit dan diperintah membayar RM5,131 atau berdepan hukuman penjara 20 hari.
Dipetik dari BeritaHarian.sg, penyanyi kelahiran Singapura itu didakwa mencuri dua telefon bimbit HTC One dan Samsung Note 1 milik seorang individu bernama Yong Kit Siong.
Aliff atau nama sebenarnya Mohamad Aliff Azizi dikatakan melakukan jenayah itu bersama seorang lelaki bernama Muhammad Nurazlee Roslee sekitar 12.01 tengah malam pada 24 Mei lalu di kolong Blok 36 Tanglin Halt Road.
Bagi kesalahan mencuri, penyanyi berusia 23 tahun itu boleh dikenakan penjara sehingga tiga tahun, denda atau kedua-duanya sekali. Aliff didakwa di mahkamah buat kali pertama pada 16 Ogos lalu.
Terdahulu, Aliff pernah didakwa menghilangkan diri daripada lokasi penggambaran drama dan pulang ke Singapura.
Sementara itu, Aliff menerusi laman sosial Twitter miliknya telah memuat naik status yang menulis:
"Selamat tengah hari dunia. Saya akan kembali tidak lama lagi. Tidak lama lagi."
No comments: