Intan Ladyana didakwa enggan bertemu Kamal Adli
Tuesday, September 30, 2014
Admin
Aktres Intan Ladyana menyatakan keengganannya untuk bersemuka dengan bekas kekasihnya, aktor Kamal Adli bagi membincangkan tentang hubungan mereka yang sudah berakhir.
Ini kerana menurut Intan, perkara tersebut telah dibincangkan dan sebab-sebab hubungan perlu diputuskan turut diperjelaskan sebelum ini."Saya rasa, tiada apa yang perlu dibincangkan lagi kerana ia sudah dibuat sebelum kami putus.
"Nak ikutkan, saya dah malas nak cakap tentang perkara ini kerana ia sudah pun selesai," ujarnya seperti dipetik daripada laporan mStar.
Intan berkata demikian selepas Kamal meluahkan rasa kesal dan berharap hubungan mereka dapat dijernihkan semula dalam program "Melodi" pada Ahad lalu.
Hubungan cinta yang terjalin antara Intan Ladyana dan Kamal Adli berakhir selepas enam tahun bersama. |
Menurut Kamal, dia masih tidak boleh menerima hakikat bahawa mereka tiada lagi sebarang hubungan dan masih berharap agar Intan dapat bersemuka dengannya bagi berbincang dengan lanjut.
Pada 25 Ogos lalu, Intan atau nama sebenarnya Intan Nurladyana Mohamad Yahaya, 32, mendedahkan hubungan cinta mereka yang terjalin sejak enam tahun lalu telah berakhir dan keputusan tersebut dilakukan atas persetujuan bersama pada penghujung Ramadan.
Walaubagaimanapun aktres "Adnan Sempit" ini enggan mendedahkan sebab-sebab perpisahan tersebut kerana terlalu peribadi.
No comments: