Bila Penyanyi Indonesia Shae Tidak Dikenali Di Negara Sendiri

Bila Penyanyi Indonesia Shae Tidak Dikenali Di Negara Sendiri

Bila Penyanyi Indonesia Shae Tidak Dikenali Di Negara Sendiri

Penyanyi dari Indonesia yang terkenal menerusi lagu Sayang, Shae mengakui popilaritinya di negara kelahiran sendiri tidak sehebat sepertimana di Malaysia.

Shae atau nama sebenarnya Sheryl Gething, 20 berkata dia tidak berasa malu atau tertekan dengan perkara tersebut kerana menganggao rezeki masih belum berpihak kepadanya. 
"Nama saya masih belum kuat di negara saya sendiri tetapi ia tidak membuatkan saya tertekan.

"Saya sendiri tidak tahu mengapa… tetapi itu bukan kerja saya untuk menentukan tentang perkara itu kerana itu semua kerja tuhan," katanya.


Walaubagaimanapun, Shae berkata peminat di Indonesia semakin menyedari kehadirannya apabila lagunya semakin rancak dimainkan di radio.

Menurutnya lagi, sebagai pendatang baharu dalam industri muzik dia perlu berusaha lebih gigih untuk memastikan muziknya dapat diterima terutama di Indonesia.