Tasha Shilla nafi berkelakuan sumbang dengan kekasih
Thursday, September 18, 2014
Admin
Pelakon Tasha Shilla menyangkal dakwaan kononnya dirinya berkelakuan sumbang bersama kekasihnya yang bernama Han di sebuah lokasi penggambaran sebuah drama baru-baru ini.
Menurut laporan Harian Metro, Tasha atau nama sebenarnya Natashasheilla Abdul Razak dikatakan hangat 'memadu asrama' di dalam sebuah bilik air sewaktu menjalani penggambaran drama adaptasi novel "Maaf Jika Aku Tak Sempurna"."Siapa yang cakap benda macam ini? Saya tak nak komen panjang-panjang selagi tak jumpa orang yang menyampaikan cerita itu!.
"Takkan saya tak boleh berfikir sampai perlu buat benda macam itu di tempat kerja? Saya sedar ia bukan pertama kali dilemparkan, tapi cukup-cukuplah buat saya macam ini. Ini tuduhan melampau dan memalukan," ujar aktres berumur 27 tahun ini.
Han dan Tasha dilaporkan sering berlakuan sumbang di lokasi penggambaran drama tersebut.
Sementara itu, ada sumber yang juga merupakan kru produksi drama lakonan Fahrin Ahmad dan Sara Ali itu mendakwa mereka berasa rimas dengan sikap Tasha yang tidak sensitif dengan keadaan sekeliling dan sering berkepit dengan kekasihnya itu.
"Tidaklah sampai dia sentiasa berkepit sepanjang saya menjalani penggambaran. Cuma kadang-kadang dia datang ambil saya selepas habis penggambaran dan singgah sekejap sahaja," jelasnya.
Dalam pada itu, Tasha turut mengakui dirinya pelik dan terkilan dengan fitnah yang disebarkan pihak tertentu daripada kru produksi kerana mereka bukan kali pertama bekerja dengannya dan sudah dianggap seperti keluarga selama ini.
No comments: