Eddie terkejut Raja Azmi dedah krisis rumah tangga
Tuesday, September 16, 2014
Admin
Suami kepada penerbit filem sensasi Raja Azmi, Eddie Ghazali terkejut apabila isterinya mendedahkan masalah rumah tangga mereka yang kini dalam krisis.
"Saya akui ada masalah sikit sekarang, tapi biasalah mana-mana pasangan berkahwin pun akan hadapi pasang dan surut. Bagi saya masalah ini boleh diselesaikan melalui perbincangan antara kami."Tak perlulah isu dalaman dibawa keluar dari rumah untuk tatapan umum sebab saya percaya krisis ini boleh diselesaikan secara baik.
"Apa yang kami lalui sekarang, biarlah kami sekeluarga saja selesaikan sebab hanya kami tahu hal sebenar berlaku," katanya yang dipetik dari Harian Metro.
Semalam penerbit filem "…..Dalam Botol" dalam satu laporan akhbar mengakui hatinya sudah tawar dengan rumah tangganya walaupun baru 11 bulan berkahwin.
Dalam pada itu, Eddie bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai krisis rumah tangganya tetapi berusaha untuk memulihkannya.
"Saya tak nak ulas secara terperinci apa masalah sebenar kerana ia hal peribadi kami. Biarlah ia jadi rahsia kami sekeluarga saja.
"Sebagai suami, saya mahu menyelamatkan rumah tangga kami dan berusaha memulihkan semula apa juga masalah yang timbul."
Eddie Ghazali dan Raja Azmi telah mengikat tali pertunangan pada 13 Julai tahun lalu dan telah bernikah pada 13 Oktober pada tahun sama.
No comments: