Perkembangan Terkini Faizal Tahir
Thursday, September 25, 2014
Admin
Penyanyi dan komposer Faizal Tahir mengakui dirinya kini agak sibuk selepas menubuhkan syarikat rakaman sendiri iaitu Faithful Music sejak awal tahun lalu.
Menurut laporan portal mStar, Faizal turut menjelaskan badannya kini sedikit susut akibat tekanan kerja yang bertambah disamping menguruskan anak-anak yang sedang membesar."Disebabkan terlalu sibuk juga saya sering lupa untuk makan, seperti semalam seingat saya, saya hanya makan sekeping 'sandwich' sahaja.
"Hidup saya hanya tumpu pada kerja dan anak-anak sahaja, selepas wujudnya Faithful Music tekanan kerja lebih bertambah. Namun saya gembira kerana kami sudah ada tiga orang artis iaitu Hanie Soraya, Aziz Harun dan Elizabeth Tan," ujar ayah kepada lima orang cahaya mata ini.
Dalam pada itu, pelantun "Mahakarya Cinta" ini juga berkata dia sebenarnya rindu untuk membuat persembahan di hadapan peminat-peminatnya.
"Kalau diikutkan memang ada rasa rindu sangat untuk buat persembahan seperti dahulu, ramai juga peminat saya yang bertanya bila saya buat persembahan seperti dahulu, tapi buat masa ini belum lagi ada perancangan untuk itu.
"Buat masa ini belum ada rancangan untuk menyanyi, Insya Allah saya akan menyanyi jika ada lagu yang bagus dan lain daripada yang saya pernah bawakan sebelum ini," ujar suami kepada Siti Raihanim Noran ini.
Selain menguruskan syarikat rakamannya sendiri, Faizal juga sibuk menunaikan tanggungjawab sebagai bapa kepada lima orang anaknya iaitu Ahmad Mikael Zidane, 9, Siti Raudhah Nur Iman, 7, Ahmad Rifa'ie Zidane, 6, Siti Rawdha Nur Jannah, 3, dan Siti Nawar Malaeka, 1.
No comments: