Bila Fahrin Ahmad tolak lamaran peminat
Wednesday, October 22, 2014
Admin
Memegang watak Luqman dalam drama bersiri "Maaf Jika Aku Tak Sempurna", pelakon dan pengacara Fahrin Ahmad mengakui namanya kembali menjadi sebutan sehinggakan ada peminat yang mengajaknya berkahwin.
"Sejak drama itu, ramai yang nak ajak saya kahwin. Sampaikan ada hashtag#nakkahwindenganfahrin di laman-laman sosial seperti Twitter dan Instagram. Tapi saya katakan pada mereka, yang mereka nak kahwin itu bukan dengan saya, tapi dengan Luqman," katanya seperti dipetik daripada laporan Malaysian Digest.
Jelasnya, sebagai seorang pelakon, dia perlu bersikap tenang dan menolak lamaran para peminat dengan cara baik.
"Hal macam ini, kita sebagai pelakon jangan terbawa-bawa sangat. Bagi saya, bila berdepan dengan situasi macam ini (peminat ajak kahwin), saya bersikap tenang dan hanya tersenyum sahaja dek gelagat sebilangan peminat.
"Kalau diluar, ada juga peminat dikalangan makcik-makcik yang nak kenalkan saya pada anak mereka. Tapi saya senyum sajalah. Saya katakan, kalau nak kenalkan, saya tiada masalah," katanya.
Mengakui masih belum menemui teman istimewa, Fahrin mengakui dia sudah seperti putus asa untuk bercinta tetapi tetap masih berdoa agar dipertemukan jodoh secepat yang mungkin.
Walaubagaimanapun Fahrin berharap agar bakal isterinya itu nanti bukanlah seorang daripada industri hiburan.
No comments: