Elfira Loy serius mahu kahwin terus, Baim Wong mengaku kekasih

Elfira Loy serius mahu kahwin terus, Baim Wong mengaku kekasih

Elfira Loy mahu kahwin terus, Baim Wong mengaku kekasih

Khabar angin mengenai hubungan antara aktres genit Elfira Loy dengan aktor dari negara seberang Indonesia, Baim Wong sudah lama bertebaran dan masih menjadi persoalan lebih-lebih apabila Elfira memuat naik gambar mereka bersama di laman Instagram baru-baru ini.

Kedua-dua mereka dikatakan telah menghadiri majlis perkahwinan pelakon dan pengacara Raffi Ahmad dengan Nagita Slavina yang diadakan di Jakarta.

Menurut Elfira seperti dipetik daripada laporan Berita Harian Online, Baim telah meminta dia menemaninya ke majlis perkahwinan tersebut.

"Dia (Baim) ada menghubungi saya untuk menemaninya ke majlis kahwin ini. Cuma saya secara peribadi tidak mengenali Raffi mahupun isterinya.

"Pada awalnya saya sendiri tak diberitahu majlis kahwin siapa yang bakal kami hadiri. Saya taka da masalah menemaninya.

"Pada hari saya tiba di Jakarta barulah tahu majlis kahwin siapa sebenarnya. Sebelum ke Jakarta saya menjalani penggambaran di Manchester, England untuk drama 26 episod berjudul "Setulus Janji" bagi siaran RTM.

"Tapi saya balik dulu ke Malaysia. Saya ke Jakarta ditemani ibu dan adik perempuan dan kebetulan mereka belum pernah ke sana," ujarnya.

Elfira Loy telah menghadiri majlis perkahwinan Raffi Ahmad
bersama Baim Wong dan ahli keluarganya.

Ditanya mengenai status hubungan mereka, Elfira menjelaskan mereka sudah mengenali antara satu sama lain selamat empat tahun dan hanya rapat sebagai kawan.

"Seperti saya pernah cakap sebelum ini, saya memang tak gemar bercinta. Kalau boleh nak terus langsungkan majlis kahwin. Sebab itu dengan Baim walaupun sudah empat tahun kenal, kami hanya berkawan saja.

"Soal kahwin itu semua berbalik kepada perihal jodoh. Jika diizinkan Allah dengan sesiapa termasuk Baim pun, saya terima dengan hati terbuka. Tapi kalau bukan jodoh saya, kita tak mampu melawan kehendak takdir," jelasnya.

Sementara itu dalam laporan media Indonesia pula, Baim dikatakan telah mengakui bercinta dengan Elfira dan menepati janjinya untuk membawa kekasih ke majlis perkahwinan pasangan selebriti itu.

Seperti dipetik dari Tabloid Nova, Baim turut sempat berkongsi sedikit maklumat mengenai aktres ini dan memberitahu sudah lama mengenali antara satu sama lain.


[Sumber Foto: Instagram Elfira Loy]