Lima pelajar ke peringkat akhir AF2014, Pertama Kali AFSERAP Diperkenalkan

Lima pelajar ke peringkat akhir AF2014, Pertama Kali AFSERAP Diperkenalkan

Lima pelajar ke peringkat akhir AF2014

Lima pelajar iaitu Adel, Nuha, Aman, Firman dan Ewal layak ke peringkat akhir Akademi Fantasia (AF2014) yang akan berlangsung di Dewan Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam, Ahad depan.

Adel yang sebelum ini tersingkir pada minggu ketujuh dipilih oleh Fakulti AF2014 menerusi AFSerap yang baru diwujudkan musim ini.

Pada separuh akhir AF2014 yang berlangsung malam ini hanya Ewal, Nuha, Aman dan Firman yang berjaya manakala Azwan yang sebelum ini sering berada di kedudukan teratas tidak berjaya melayakkan diri bersama empat lagi rakannya.

Pada minggu separuh akhir ini pelajar diberi dua tugasan iaitu nyanyian secara solo dan duet bersama penyanyi terkenal.

Juri jemputan ialah Fauziah Latiff.


AF2014: Pertama Kali AFSERAP Diperkenalkan

Isu kemasukan semula yang diumumkan oleh pengetua Dato’ Hattan baru-baru ini memang sudah dijangkakan. Ini satu kejutan buat semua peminat Akademi Fantasia khususnya pada tahun ini, kerana buat pertama kalinya diadakan penyerapan masuk semula pelajar yang tersingkir untuk berentap bersama finalis Akademi Fantasia musim ini yang bakal diumumkan pada konsert separuh akhir yang dijadualkan pada Ahad ini. AFSERAP kali ini memperjuangkan penilaian dan kredibiliti pihak fakulti yang bertindak sebagai juri untuk memilih siapakah bekas pelajar yang layak dan bakal diserap masuk.

Berita baik ini telah diumumkan oleh Dato' Hattan, pengetua AF2014 menerusi rancangan MELETOP baru-baru ini.

“Kita tidak akan ada AF masuk tetapi sebaliknya AF serap… AF serap ini dibuat atas permintaan ramai dan akan dipilih sendiri oleh tenaga pengajar dan pihak fakulti. Dari segi pemilihan, kami harus harus bersikap seadil-adilnya dan ini bukanlah mudah bagi kami kerana kesemua pelajar adalah hebat-hebat belaka," kata Dato' Hattan.

Kali ini tugasan tenaga pengajar dan pengetua lebih mencabar kerana mereka dikehendaki menilai semula setiap pelajar tersingkir tersebut melalui prestasi di dalam kelas, dan juga persembahan pentas mereka di setiap konsert selama 8 minggu ini. Selain keputusan membuat AFSERAP ini, ia juga sebagai salah satu langkah pihak Astro untuk menimbang permintaan orang ramai, dan juga memikirkan dari aspek kualiti pertandingan berbentuk realiti ini, yang dikatakan telah banyak kehilangan bakat besar yang tak layak dikeluarkan terlalu awal hanya disebabkan undian pengundi yang tak berpihak kepada pelajar yang tersingkir itu.

Walaupun 100% undian di pihak pengundi, namun pihak fakulti dan Astro merasakan ianya satu perjudian besar untuk membuat keputusan bagi mewujudkan AFSERAP ini demi kebaikan kualiti juara yang dicari menerusi prestasi pelajar tersebut.

Bagi sesiapa yang mengikuti Konsert Akademi Fantasia musim ini, banyak komen-komen negatif dan tak berpuas hati sejak penyingkiran Adel dan kalau dikira, setiap kali pelajar yang tersingkir seperti Muna, Farez, Adel malah Nina dikatakan keluar dengan bermaruah kerana mereka tersingkir selepas membuat persembahan yang jauh lebih baik sebelum ini. Walaupun desas-desus mengatakan Adel bakal diserap kembali, tapi kepada pelajar seperti Muna, dan Zarif juga tak kurang hebat tempiasnya.


Walaubagaiamanapun, daripada pemerhatian, Dato' Hattan antara yang paling kecewa apabila Adel tersingkir. Bagi Hattan, Adel mempunyai potensi untuk pergi lebih jauh namun undian tidak mencukupi. Adakah Adel akan menjadi tenaga pengajar untuk diserapkan semula? Sama-samalah kita nantikan pengumumannya pada konsert separuh akhir AF2014 Ahad ini.