Impian Azwan Musnah, Adel Kembali Bertarung!
Sunday, November 2, 2014
Admin
#AzwanAF2014 diumumkan tersingkir di konsert #AF2014 Separuh Akhir ini. Siapakah pula akan diserap masuk untuk meneruskan perjuangan ke peringkat akhir nanti?
|
Pentas separuh akhir Akademi Fantasia 2014 (AF2014) menyaksikan impian Azwan untuk menjejakkan kaki ke peringkat akhir musnah apabila menjadi mangsa penyingkiran setelah mendapat undian terendah.
Biarpun sentiasa berada di kedudukan teratas persembahannya yang menyanyikan lagu berjudul ‘Cinta Sesungguhnya’ nyanyian asal Sabhi Sadhi dan sebuah lagu duet bersama penyanyi Noraniza Idris iaitu ‘Tanda Kasih’ tidak berjaya menarik perhatian pengundi.Minggu ini pelajar diberi tugasan membuat dua tugasan iaitu secara solo dan duet. Empat pelajar lain iaitu Ewal telah menyampaikan lagu ‘Rude’ (Magic), Aman ‘Sedetik Lebih’ (Anuar Zain), Nuha ‘Ku Pendam Sebuah Duka’ (Dato’ Khadijah Ibrahim) dan Firman ‘ Nur Nilam Sari’ (Awie).
Manakala bagi lagu duet pula ialah ‘Kalau Cinta’ (Aman & Masya Popstar), ‘Muara Hati’ (Ewal & Adira), ‘Cinta Mu Mekar Di Hati’ (Nuha & Mus May) serta ‘Seribu Tahun Takkan Mungkin’ (Firman & Joey BPR).
Selain itu, pengumuman mengenai AF Serap iaitu membawa masuk salah seorang pelajar tersingkir untuk kembali bertanding.
Dalam pada itu, AF Serap yang membawa masuk salah seorang pelajar tersingkir untuk kembali bertanding menyaksikan Adel dipilih untuk bertarung di pentas akhir.
Konsert minggu kesembilan menyaksikan penyanyi Fauziah Latiff menjadi juri jemputan manakala Dato’ Ramli MS dan Raja Azura selaku juri tetap.
Kini tinggal lima lagi peserta AF2014 yang akan meneruskan perjuangan mereka sehingga bergelar juara. Siapkah pilihan anda?
No comments: